Part 15

3.6K 100 7
                                    

Seperti yang dijanjikan, Iman dan Shaza pindah masuk ke dalam apartment yang dicadangkan oleh Datin Armanda sendiri. Sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki ke dalam apartment berkenaan Iman terus memberikan kunci bilik kepada Shaza.

     "Apa ni? " tanya Shaza. Iman memandang Shaza dengan pandangan selamba.

     "Kunci bilik kaulah, aku nak masuk bilik aku" kata Iman. Setelah memberi kunci tersebut Iman terus menuju ke biliknya. Shaza melihat kunci yang diberikan Iman. Mmmm ya tak juga, mereka dah duduk jauh dari keluarga jadi tidak perlulah untuk berkongsi bilik.

  Shaza terus ke bilik, apabila dia ingin membuka pintu biliknya Iman menghalang. "Oppsss! Ni bilik aku, bilik kau yang tu" kata Iman sambil menuding jari ke arah bilik berkenaan.

     "Kenapa? Kenapa kau boleh cop dulu.. Tak adillah! " kata Shaza geram. Dia mahukan bilik utama yang diduduki Iman itu.

     "Apa? Tak dengarlah. Adil? Mmmm cik akan hoi bak kata perpatahlah, siapa cepat dia dapat jadi.. Ni bilik aku. Bye.. " kata Iman lalu masuk ke dalam bilik dan terus menutup pintu.

  Shaza merengus kecil, dia menjelirkan lidah 👅 ke arah pintu bilik Iman sebelum dia memasuki bilik yang berada di sebelah Iman sahaja. Walaupun tidak berpuas hati dengan Iman yang terlebih dahulu memilih bilik, Shaza gembira setelah dia masuk ke dalam biliknya. Tidak kurang hebat juga, besar serta mempunyai balkoni yang membolehkan dirinya melihat suasana Kuala Lumpur dari atas memandangkan apartment mereka terletak di tingkat yang agak teratas.

I like it! Desis hati Shaza..

...

  Iman mendail nombor seseorang setelah dia masuk ke dalam bilik. "Hello, En Faiz boleh kita jumpa? "

...

Tuk tuk tuk...

  Shaza bingkas bangun dari baring, hish apakah yang si Iman mahukan. Dia baru beberapa minit merebahkan tubuh di atas katil yang empuk sudah diganggu oleh Iman. Dengan malas Shaza pergi membuka pintu. Sebaik sahaja Shaza membuka pintu...

     "Jom keluar" perlawa Iman. Shaza mengerut dahi binggung.

     "Kau dah kenapa? Tiba² ajak aku keluar ajaklah makwe kau" kata Shaza.

  Sejujurnya dia langsung tidak memahami Iman. Ada masanya garang, nakal dan kini nampak polos gitu. Iman memperdulikan apa yang dikatakan oleh Shaza, dia menarik tangan Shaza untuk dibawa keluar.

     "Teman aku beli barang untuk parking untuk hari perkhemahan aku lusa. Lagipun kau pun ada mesyuarat dengan Dato'Daud kau tu jadi boleh beli sut sekali" kata Iman. Shaza menggaru kepala yang tidak gatal.

     "Aku banyak lagi sut, kenapa nak beli? Dan kenapa aku kena teman kau beli barang kau? " tanya lagi Shaza. Iman kini mengeluh.

     "Jangan banyak tanya boleh tak? Ikut jelah aku ada benda nak cakap. Cepat lah " kata Iman semakin mendesak Shaza agar mengikuti dirinya keluar bersama. Shaza mengeluh kecil sambil melihat wajaj Iman..

Di super Mall..

  Mereka berdua membeli-belah barang keperluaan masing. Ada masanya mereka ke butik, kedai topi dan sebagainya.

     "Shaza" panggil Iman, Shaza menoleh ke belakang dan..

     "Arghhh! Hantu! " kata Shaza. Kedengaran suara orang mengertawakan dirinya. Shaza memandang Iman, rupanya Iman memakai topi palsu untuk menakut-nakutkan dirinya.

     "Hish Iman! " marah Shaza 😡😡.

  Agak lama mereka berdua membeli-belah. Setelah semua barangan sudah dibeli, tibalah masa untuk balik. Iman mahu keluar dari super Mall itu namun ditahan oleh Shaza.

Suami Aku Muda...Where stories live. Discover now