Part 8

3.5K 92 2
                                    

"Saya tak kira! Saya akan buat laporan polis juga tentang hal ni. Anak saya boleh buta tahu tak?! " leter ibu kepada salah seorang pelajar sekolah itu kepada pengetua.

  Pengetua menggelengkan kepala. Buntu pula fikirannya. Apa yang nak jadi pada pelajar sekolahnya itu.

     "Puan, saya tahu puan sekarang susah hati. Tapi sabarlah budak yang buli anak puan saya dah panggil, waris dia pun. Nanti puan bincanglah macam mana. Saya akan ambil tindakan yang sewajarnya" kata Pengetua. Ibu kepada pelajar itu merengus dan berpaling wajah dari pengetua.

  Tidak sampai lima minit, tiba juga seorang pelajar. Pengetua langsung tidak terkejut dengan kehadiran pelajar yang satu. Terlalu kerap naik turun pejabatnya.

     "ni budaknya? " tanya pengetua kepada pelajar yang menjadi buli. Pelajar lelaki itu menganggukkan kepala.

  Ibu yang meleter tadi memandang pelajar yang baru masuk. "Kamu yang buli anak saya?! " tanya kasar ibu tersebut.

  Pengetua memandang pelajar yang baru masuk ke dalam pejabat.

     "Iman, ini dah kes ke berapa awak lakukan sepanjang awak berada di sekolah ni? " tanya pengetua. Sejujur penat mengatasi pelajar seperti Iman ini.

  Iman memandang wajah pengetua dengan pandangan tajam. Pengetua itu hanya mengeluh.

     "dah dia cari pasal dulu. Saya cuma balas sikit je" kata Iman angkuh. Ibu pelajar itu memandang Iman seakan-akan tidak percaya dengan apa yang di dengarnya.

     "balas sikit je kamu kata?! Anak saya boleh buta tahu tak?!" marah ibu berkenaan.

  Iman berpaling ke arah wanita yang berada di sebelahnya. Matanya kemudian melirik ke arah pelajar yang pernah menjadi mangsanya. Pelajar tersebut dengan pantas berpaling darinya.

     "uhh! Saya tengok anak makcik okey je. Tak buta pun? Boleh je dia alih pandangan dari pandang saya" kata Iman.

  Terkedu wanita tersebut. Dia menarik nafas sedalam mungkin.

     "kamu ingat saya bergurau ke?! " wanita itu mengangkat tangan untuk melempang wajah Iman...

Pumk!

     "maaf saya lambat... "

  Shaza terkedu sebaik sahaja dia membuka pintu pejabat pengetua itu. Alangkah apa yang dilihat seakan-akan sukar di percayai.

  Iman menahan tangan wanita yang cuba memukulnya itu. Bukan setakat itu, "aduh! " luah wanita itu.

     "saya tak kisah kena gantung atau tindakan disiplin. Tapi saya tak boleh terima ada mana² orang cuba sentuh pipi saya. Kalau berani cubalah lagi! " marah Iman.

  Iman merempas tangan wanita tua itu. Pengetua sekolah itu bangun dan mendekati Iman dan wanita berkenaan.

     "maafkan saya puan, Iman mulai sekarang kamu dikehendaki hadirkan diri ke dalam bilik disiplin setiap minggu, biar cikgu fikir macam mana nak denda kamu. Puan saya minta maaf atas apa yang dah jadi" kata pengetua.

  Dalam keadaan itu, dalam diam Shaza melemparkan pandangan mata terhadap Iman.

  Buku laporan disiplin milik Iman ditunjukkan kepada Shaza. Alangkah terkejut hati kecil Shaza melihat laporan milik Iman. Terlalu banyak kesalahan seperti membuli di dalam buku  tersebut. Sepatutnya kalau sebegini laporannya, Iman sepatut sudah di buang dari sekolah.

     "bukan kalau dah macam ni sepatutnya Iman kena buang sekolahkan? " tanya Shaza tanpa memandang wajah pengetua. Matanya masih lagi berliar di atas setiap helaian buku itu.

Suami Aku Muda...Where stories live. Discover now