Sorry part 8 x smpi 2000 patah prkataan. Ini sbb author x ade idea.
Mmm tulis byk x guna gak jom kita sampai story...
.
."Iman " panggil Datin Armanda apabila anak lelakinya pulang ke rumah. Iman yang baru masuk melihat ibunya. Kemudian berjalan menuju ke ibunya.
"ada apa mummy!" tanya Iman. Datin Armanda meminta anaknya duduk di sebelahnya.
Tanpa membantah, Iman akur terhadap arahan Datin Armanda. "Iman sabtu depan kita sekeluarga kena balik ke kampung. Nenda ajak ambil buah dekat dusun" kata Datin Armanda
Wajah Iman mula bertukar. Dia tidak memandang ibunya lalu menggelengkan kepala. Kemudian Iman bangun dan berniat mahu beredar dari situ.
"Iman..."
"mummy! Mummy lupa apa perempuan tua tu dah buat dekat Im dulu?! Perempuan tua tu jahat! Keji! Im tak nak langsung tengok muka perempuan tua tu! " marah Iman.
Dia tidak dapat menahan kemarahan yang mula terbentuk jauh di sudut hati. Secara kebetulan, Shaza pulang dan masuk ke dalam rumah ketika waktu sedang menjadi tegang. Shaza terkaku sebentar melihat free show dari Iman dan Datin Armanda.
"Im, mummy tahu. Tapi sampai bila? Nenda tu keluarga Im.. Dia tu nenek Im, Im dah lupa ke?" kata Datin Armanda cuba memujuk hati anaknya itu.
Iman ketawa kecil. Dia melihat Datin Armanda dengan pandangan tidak puas hati. Shaza yang dari jauh dapat melihat Iman yang kelihatan mahu menyerang ibu mertuanya. Tanpa berfikiran panjang, Shaza segera mendekati Iman.
"Iman? " tegur Shaza. Iman tidak memandang Shaza yang sudah dekat dengan dirinya.
"mummy, kalau dia keluarga Im, kalau betul dia anggap Im ni cucu dia! Dia tak akan tinggalkan setiap parut yang ada pada Im. Dia tak akan pilih kasih antara Im dengan Aiman! Dia tak akan cuba... "
"Enough! " tengking Datin Armanda. Dia tidak mahu menantunya mendengar hujah terakhir Iman. Iman merengus kecil kemudian dia bergegas naik ke atas.
Terkial-kial Shaza ditinggalkan oleh Iman. Pelahan Shaza mendekati Datin Armanda yang rebah di atas sofa dan duduk di sebelah ibu mertuanya. Tangan pula mengurut pelahan belakang Datin Armanda untuk memberi ketenangan.
Datin Armanda meraut wajah dengan kedua belah tangan. Sememangnya inilah akan terjadi apabila Iman di pinta untuk ikut bersama pulang ke kampung. Memang dia akan membantah sekuat yang mungkin. Disebabkan itu selama ini, hanya Aiman sahaja yang akan pulang ke kampung.
"Sha, kamu naiklah. Iman lebih perlukan kamu" kata Datin Armanda. Shaza diam, dia tidak tahi hendak menjawab apa.
Kalau diikutkan hati, dia mahu sahaja membiarkan Iman begitu. Dahlah perkahwinan ini hanya di dalam kertas, bukan mengikut kehendak hatinya. Kenapa dia perlu ambil kisah tentang Iman itu?
"Sha, mummy tahu. Perkahwinan ini terjadi untuk jaga aib kedua-dua pihak. Tapi mummy rasa kamulah wanita yang paling sesuai untuk Iman. Jadi mummy minta kamu tolong jagakan Iman.. " kata Datin Armanda sambil merenung lembut wajah Shaza.
"mummy kenapa dengan Iman tu? " Shaza akhirnya memecah bisunya. Datin Armanda senyum lalu...
.
.
.AHHH! ditumbuk dinding oleh Iman. Dia masih marah. Tumbukan yang dibuat Iman sangat kuat sehinggakan berdarah kecil tangannya. Bukan hanya sekali ditumbuk dinding itu tetapi berkali-kali.
YOU ARE READING
Suami Aku Muda...
RomanceDisebabkan abang yang membuat keputusan putus tunang last minute... Iman terpaksa mengantikan tempat abangnya... Terpaksa menjalin ikatan ijab kabul bersama seorang gadis yang 8 tahun lebih tua daripada dirinya.. Nak, tak nak Shaza harus terima dem...