Part 10

3.9K 101 8
                                    

Bermain telefon sebentar Maya ketika dia sedang menanti orang di sebuah kafe yang terdapat situ. Tidak lama kemudian

     "Bos" panggil seseorang. Maya berpaling kemudian dia tersenyum kecil.

.
.
.

"Kita naik kereta akulah" kata Shaza. Iman menggelengkan kepala.

     "Tak akan kau nak naik superbike kau tu. Bagasi ni nak letak mana.. Auch! " Tiba² Shaza mengadu sakit apabila Iman menjentik dahinya.

     "Kau tak bodoh sampai macam tu tahu tak?! Kita naik kereta aku" kata Iman.

     "Mmm yelah! Mana keretanya? " tanya Shaza lagi. Iman senyum

     "Garaj"
  Mereka berdua sama pergi ke bahagian garaj yang berada di kawan belakang rumah banglo mewah itu. Iman membuka pintu garaj setelah memasukkan kod rahsia di dalam tempat yang tersedia.

     "Wow! Lamborghini ?! " Terkejut beruk Shaza tak sangka Iman mempunyai kereta yang semahal Lamborghini.

     "Apa lagi Jomlah.. Ohh disebabkan ni kereta aku dan aku yang bawa kereta ni nanti. Kaulah yang simpanan semua bagasi ni dalam bot kereta tu" kata Iman. Shaza terkejut. Wah! Iman ni melampaulah! Dia nak aku angkut seorang semua bagasi ni?

     "Kau kan nak jadi isteri yang baikkan. Simpannya semua bagasi ni, tak baik.... Lawan cakap suami" kata Iman. Shaza mengeluh kecil sambil menghadiahkan pandangan tajam ke arah Iman.

  Shaza kemudian mengheret beg roda itu lalu di bawa ke bot untuk di masukkan manakala Iman memasuki kereta itu dan menghidupkan enjin kereta tersebut.

Resort

Termundah-mandir Dania menunggu ketibaan sahabatnya. Tidak pernah dia lambat tiba hari itu dia teramatlah lambat. Sehingga En Faiz bosnya sendiri terpaksa menunggu sama untuk Check in bilik di resort itu.

     "Maaf En Faiz. Selalunya Shaza on time tapi hari dia lambat pula" kata Dania.

     "Tak apa... Aku dah biasa. Dania kan aku dah kata jangan panggil aku encik di luar pejabat. Kita bukan dalam mood bekerja sekarang ni. Panggil Faiz je. Kitakan kawan" kata Faiz. Dania tersenyum kecil.

  Sejujurnya Dania dengan En Faiz adalah classmate ketika di bangku universiti. Sebab itu Faiz bergelarkan dirinya 'kau aku'. Disebabkan Shaza lain universiti dia memang tidak berapa mengenali En Faiz.

  Tidak lama kemudian kelihatan sebuah kereta berjenama lamborghini memasuki perkarangan resort itu. Ya kereta itu milik Iman. Iman memberhentikan keretanya di hadapan pintu resort sekali gus di hadapan Dania dan En Faiz. Kunci kereta di berikan kepada pekerja di situ untuk meletakkan keretanya.

     "Assalamualaikum Tuan Muda" sapa salah satu pekerja di situ kepada Iman. Shaza sedikit hairan kenapa pekerja resort itu memanggil Iman dengan gelaran sebegitu. Selepas mengeluarkan bagasi, Shaza bertanya kepada Iman.

     "Kenapa dia panggil kau dengan gelaran tu? " tanya Shaza. Memandang Shaza sekilas pandang. Gaya Iman ketika itu nampak lain. Dia kelihatan jauh berbeza dengan umurnya yang sekarang.

     "Ni resort Daddy memanglah diorang panggil aku Tuan Muda" kata Iman bersahaja. Shaza terfikir. Dan dia baru ingat Dato'Emil juga memperusahakan resort jadi tak salah lagi kalau anaknya dikenali ramai. Lagi di resort Dato'Emil sendiri.

  Shaza dan Iman berjalan menuju ke arah Dania dan En Faiz. Dari jauh boleh mengesan reaksi wajah Dania. Nampak dia sedang marah atas kelewatan Iman dan Shaza.

Suami Aku Muda...Where stories live. Discover now