Part 38

1.6K 82 4
                                    

Sejak kebelakangan ini, Shaza dan Iman jarang meluangkan masa bersama seiring kerana masing-masing sibuk dengan kerja. Shaza dengan kerja di pejabatnya manakala Iman dengan kerja model serta tugas sebagai seorang yang bergelar pelajar sekolah.

  Namun kini masa Shaza sudah agak lapang sedikit kerana dia baru sahaja selesai urusan mengenai kerjasama dengan syarikat lain tempoh hari. En Faiz juga memberikan Shaza cuti selama satu minggu sebagai tanda terima kasih dan tahniah atas kerja yang bagus.

  Tetapi cuti dirumah amat membosankan ditambah lagi Iman yang kerap pulang lewat dan kadang-kadang tidak langsung kelihatan wajahnya di apartment mereka. Iman kerap bermalam di rumah Aqil kerana kawasan rumah Aqil dekat sahaja dengan studio di mana dia bekerja.

     "Ahhh bosannya" keluh Shaza. Dia melihat syiling rumah.

  Shaza duduk sahaja di sofa sambil menonton televisyen. Namun tidak sedikitpun matanya fokus akan televisyen. Dia melihat ke balkoni apartment mereka dan mengeluh. Di waktu siang begini mesti lebih bagus dia pergi ke mana-mana daripada terperuk di dalam rumah.

  Di ambil telefon bimbit untuk memberi pesanan kepada Iman.

Awak, saya keluar pergi Mall ye..
Keluar jalan² sekejab saya bosan
duduk rumah sorang-sorang 🥺
-shaza

Tidak sampai beberapa minit, Iman membalas pesanan Shaza.

Bosan?
Apa kata awak datang studio saya.
Saya dah nak habis kerja ni. Boleh
kita lepak sama² ,date?
-iman

  Tersenyum sampai ke telinga Shaza apabila Iman mengatakan dia hampir selesai kerjanya. Pantas wanita itu bersiap dan menuju ke arah studio Aunty Kylin.

  Di studio, Shaza masuk. Disapa semua orang sehinggalah suatu perkara yang tidak diingini terjadi. Shaza secara tidak sengaja terlanggar seseorang yang sedang memegang minuman kopi panas. Dan pelanggaran mereka itu membuatkan kopi itu tersimbah di tangan Shaza.

  Mengadu kesakitan Shaza.

    "Hish! You ni buta ke apa? Boleh you langgar I yang sebesar alam ni! " marah wanita yang Shaza langgar.

     "Maaf.. Saya tak.. "

     "Wait! I know you... " katanya.

  Disebabkan wanita itu lebih tinggi darinya, Shaza perlu mendongak sedikit sahaja kepala untuk melihat siapa yang dilanggar itu.

     "Emily? "

     "Yeahhh! You... You memang tak reti... "

  Suatu suara yang besar terlontar membuatkan Emily terhenti berkata. Emily menoleh ke belakang dan terlihatlah Iman yang sedang berlari menuju ke arahnya.

     "Iman~ tengok perempuan ni. Dia sengaja langgar I habis jatuh hot coffee I " kata gedik Emily.

  Dia terlebih dahulu menangkap tangan Iman sebaik sahaja Iman hampir dengan lokasi mereka. Shaza hanya melihat tangan suami yang dia cinta dipegang oleh wanita yang dia geram.

     "Hot coffee? Tertumpah? "

  Dilihat lantai yang tertuang minuman kopi yang hangat. Dan kelihatan titisan air kopi dari..

Suami Aku Muda...Where stories live. Discover now