"Hati-hati? Apa dia tu pembunuh bersiri ke? " kata Shaza. Sengaja dia mempersendakan apa yang disampaikan Iman kepadanya.
"Minah tua, aku lebih kenal banyak dato' dan perangai diaorang semua" kata Iman.
Shaza tidak percaya, dia menikmati juadah tengah hari yang baru tiba. Amaran Iman langsung tidak diambil berat. Dia langsung tidak mempercayai Iman ketika itu. Tengah menjamah makanan, telefon bimbit Iman berbunyi. Segera Iman mengambil telefon bimbit dari poket seluarnya.
"Maya? " kata Iman. Shaza yang tengah makan mencuri pandang Iman. Kelihatan Iman mematikan telefon bimbitnya.
"Kenapa tak jawab? Budak tukan teman wanita kau" kata Shaza dengan nada yang agak pelik daripada nada yang selalu digunakan untuk berbicara dengan Iman.
Iman pada mulanya mahu membiarkan sahaja persoalannya namun apabila merasakan nada yang diguna Shaza kedengaran lain dia mendapat akal untuk bergurau. "Kenapa? Cemburu ke? " kata Iman. Tersedak Shaza yang tengah menegak air. Pantas pandangan dialihkan ke arah Iman.
"Hey! Sorry sikit! Tak ada masa aku nak cemburu bagai! Kau.. Kau bukan test aku. Lagipun.. " kata Shaza terhenti apabila menyedari Iman asyik memandang dirinya. Segera Shaza mengambil air untuk diminum agar hilang rasa gelabah.
"Tak sangka perempuan tua macam kau comel juga bila gelabah ye.. " kata Iman lalu sambung menikmati makanannya.
What! Apa comel?! Ahhhh kenapa dengan jantung aku ni? Kenapa berdegup laju ni? Aku sakit jantung ke?! Relax² Shaza... Tenang dia cakap... Ahhhh!
Shaza memegang dadanya secara senyap, dia tidak pernah berasa berdebar sebegitu. Pantas dia mengambil air untuk di minum lagi. Imam memandang Shaza dengan wajah binggung.
"Kau dahaga sangat ke? Cepatnya habis air kau" kata Iman. Shaza memandang Iman, ahhhh memang terus habis airnya sedangkan makanan belum dihabiskan lagi. Iman memanggil pelayan untuk memesan lagi air untuk Shaza.
Ya Allah, malunya aku!! Ngomel Shaza di hati.
Di dalam perjalanan pulang ke rumah, Datin Armanda asyik bermain telefon bimbitnya tanpa memperdulikan suami yang berada di sisinya. "Manda, apa yang awak ralik sangat tengok tu sampai saya kat sebelah ni langsung tidak layaknya" kata Dato'Emil seakan-akan merajuk. Datin Armanda melihat wajah Dato'Emil.
Datin Armanda memberi telefon bimbitnya kepada Dato'Emil. Dato'Emil melihat apa yang ditunjukkan oleh Datin Armanda kepadanya dengan wajah yang agak binggung. "Rumah? Kitakan dah ada rumah" kata Dato'Emil. Datin Armanda menggelengkan kepalanya.
"Bukan untuk kita tapi untuk Iman dengan Shaza. Tak akanlah mereka selamanya satu rumah dengan kita. Kenalah juga belajar hidup berdua" kata Datin Armanda.
"Pasal kewangan mereka? Iman masih pelajar sekolah tak akanlah nak Shaza tanggung dia? " tanya Dato'Emil. Datin Armanda senyum kecil.
"Saya tahulah, tak manis kalau macam tu. Buat sementara waktu ni kita bagi lah elaun macam abang selalu bagi kat Iman dengan Aiman. Bila dah habis belajar, Iman pasti cari kerja" kata Datin Armanda menyakinkan Dato'Emil percaya Shaza dan Iman boleh hidup berdua.
"Kalau awak kata macam tu, saya okey. Tapi nak ke mereka berdua setuju? " tanya Dato'Emil.
"Yang tu biar saya uruskan. Saya rasa Iman setuju dengan cadangan saya ni" kata Datin Armanda.
Dato'Emil mengangguk kecil kepalanya beberapa kali. Dia melihat ke luar tingkap memikirkan sesuatu. Tidak lama selepas itu, Dato'Emil kembali berbicara.
YOU ARE READING
Suami Aku Muda...
RomanceDisebabkan abang yang membuat keputusan putus tunang last minute... Iman terpaksa mengantikan tempat abangnya... Terpaksa menjalin ikatan ijab kabul bersama seorang gadis yang 8 tahun lebih tua daripada dirinya.. Nak, tak nak Shaza harus terima dem...