Part 1

6.4K 123 6
                                    

Datin Armanda sibuk menguruskan hal perkahwinan anak lelakinya yang lagi sebulan sahaja lagi. Sedang Datin Armanda tersenyum sibuk mengira setiap kos yang perlu di labuhkan untuk majlis ini, Iman anak ke-dua Datin Armanda melalui di depan bilik ibunya.

"Mummy, Iman nak keluar jab dengan kawan" kata Iman di depan pintu bilik yang tidak tertutup.

Datin Armanda langsung tidak menyedari Iman yang berada di depan biliknya. Iman mengeluh, dia melangkah masuk ke dalam bilik Datin Armanda.

"mummy! " panggil Iman lagi, Datin Armanda sedikit terkejut. Dia mengalihkan pandangan kepada Iman.

"oohh kamu Iman sorry mummy tak perasaan tadi. Ada apa jumpa mummy ni? " tanya Datin Armanda, matanya masih melihat catatan yang di tulis lada buku nota.

"Iman nak keluar dengan kawan,.."

Iman melihat Datin Armanda yang masih lagi sibuk. "Iman dinner luar, tak yah tunggu Iman nanti.. " kata Iman. Iman keluar dari bilik tanpa menunggu jawab balas dari Datin Armanda.

"eh Iman tunggu malam ni kita dinner.."

Iman sudah tiada di dalam bilik, Datin Armanda sedikit mengeluh. Nampaknya anak lelaki seorang ini tidak akan terlibatlah dalam majlis makan malam yang bakal diadakan pada malam hari itu. Datin Armanda menyambung kerja.

Iman mencapai kunci superbike miliknya yang bergantung di tempat kunci. Dia memakai kasut dan berjalan ke kereta. Dalam perjalanan ke kereta, sebuah kereta masuk ke dalam perkarangan rumah banglo besar itu. Iman amat mengenali kereta tersebut. Tidak lain dan tidak bukan itu kereta milik 'bakal pengantin baru' di dalam keluarga itu.

Kereta itu memarking betul² di sebelah superbike milik Iman. Pemilik kereta itu keluar dari kereta dan memandang Iman.
"kau nak pergi mana? " tanya Aiman abang kandung Iman. Iman berpaling sedikit dari wajah Aiman.

Iman menaiki superbikenya, dia melihat Aiman sebaik sahaja berbuat demikian. "keluar.. " sepatah sahaja yang keluar dari mulut Iman setelah beberapa saat Aiman menanti jawapan.

"malam balik kita ada dinner " kata Aiman. Iman mengeluh.

"aku tak ikut, aku dinner dengan kawan aku.. " kaya Iman. Tanpa membuang masa Iman menghidupkan enjin superbike dan beredar dari situ. Tidak mahu dia berbual lama dengan Aiman. Aiman mengeluh dia mengunci keretanya dan masuk ke dalam rumah banglo.

Dalam perjalanan Iman ke destinasinya, satu insiden terjadi. Sebuah kereta tiba² sahaja break mengejut di hadapan superbike Iman. Iman terpaksa menekan break... Iman terhilang kawalan dan terlanggar sedikit bontot kereta itu.

Dumk!

Iman menarik nafas setelah kejadian itu terjadi, pemilik kereta itu turun dan menuju ke arahnya.

"eh awak ni reti bawak motor ke tak, habis kereta saya dilanggarnya...! " marah wanita yang turun dari kereta itu.

Iman marah. Dia membuka helmet dan memandang tepat wajah wanita itu.

"kau marah aku?! Kau yang break mengejut tengah² jalan ni, pastu kau nak salahkan aku pula? " bahas Iman tidak puas hati dengan wanita yang lengkap berpakaian pejabat. Mungkin dia dalam perjalanan pulang.

"bukan salah saya je.. Yang awak bawak laju sangat tu dah kenapa? " Wanita itu tidak mengaku kalah.

Iman ketawa sinis. Dia turun dari superbike miliknya. "kau memang tak faham bahasakan, hish kalau di ikutkan hati nak je aku bawak kau jumpa polis!" kata Iman terhenti apabila telefon wanita itu berdering. Wanita itu mengangkat gagang di hadapannya.

Suami Aku Muda...Where stories live. Discover now