Assalamualaikum dan Hai semua..
First author nk ckp terima kasih sgt² sbb dah support author..
Komen, vote dan jumlah pembaca...
Terima kasih tau
Hehehe Sorry kalau author asyik lambat post next part.. Hehehe o
Ok.. Toksah ckp panjang..
Jom sambung citerrrr
😛.
.
.
"Baliklah " kata Iman dengan dingin sekali. Langsung tidak ditatap wajah isterinya itu.Iman kemudiannya beredar tanpa menoleh kebelakang. Baju yang ditanggalkan tadi dipakai semula bagi menggurangkan rasa sejuk. Shaza tidak mengalah, dia tidak mahu tinggal bersendirian disitu sama seperti keadaan petang tadi. Pantas wanita itu mengejar Iman.
"Abang tunggu bagilah sayang peluang untuk jelaskan apa yang sayang rasa" kata Shaza. Iman tidak pedulikan kata² Shaza.
Semakin laju dia berjalan, sehingga mereka jauh dari kawasan tepi pantai. Walaupun Iman tidak mengambil kesah setiap panggilan Shaza, Shaza tetap mengekori Iman sambil memanggil dirinya. Dia tahu lambat laun Iman akan memperdulikan dirinya.
Ketat muka Iman, setiap panggilan isterinya dihindari. Tidak disaut kembali. Itu membuatkan Iman berasa agak kesal dan runsing. Nasib baik tiada terlalu banyak orang disitu. Jikalau tidak pasti mereka akan beranggapan bahawa Shaza ada wanita yang gila.
"Abang! " panggil Shaza dengan nada yang agak kuat.
Berhenti Iman dari berjalan. Dia menoleh ke arah Shaza. Iman mendekati Shaza dengan wajah yang agak seram. Tiada langsung senyuman seperti biasa dilakukan. Shaza sedikit gusar dengan cara Iman memandang dirinya.
"Kau nak apa? " tanya Iman. Seperti dijangka Shaza, panggilan manja masih hilang.
"Tolong maafkan sayang. Sayang tahu abang marah tapi.. Tolong bagi peluang sayang untuk terangkan apa yang... "
"Terangkan perasaan kau?" celah Iman. Shaza agak tergamam apabila Iman mencelah kata²nya.
"Maafkan kau? Ingat senang ke? Haha" kata sinis yang diakhiri dengan tawa sinis.
Melihat Shaza yang tidak berkata mahupun berbuat apa. Iman terus berjalan meninggalkan Shaza. Shaza mengeluh 😞.. Dia berasa amat kecewa dan sedih ketika itu. Begitu senang hati Iman pudar? Jikalau dia tahu ini yang terjadi Shaza lebih rela untuk tidak mengikuti hari percutian Syarikat ini.
"Uhhh~" Iman mengeluh. Kenapa hatinya agak sakit untuk berjalan selangkah lagi? Dikusutkan rambut kerana runsing. Sekali lagi! Dibatalkan niat untuk pulang ke bilik terus dia berpatah balik ke arah Shaza. Sebaik sahaja sosok tumbuh isterinya kelihatan, pantas didekati Iman.
"Dah tak yah nak mengelamun jauh. Jom balik" kata Iman.
"Ehh tadi?! " terkejut Shaza apabila Iman berpatah balik semula kepadanya. Iman tak berkata apa namun sebaliknya dia menangkap telapak tangan Shaza yang putih mulus itu.
Ditarik dengan lembut tangan Shaza agar Shaza mengikut langkahnya. Dieratkan setiap jari yang memegang tangan si isteri.
"Tadi bukan... Marah ke? " tanya Shaza bingung. Ada makhluk halus rasuk suami dia ke? Tadi marah sekarang marah ke? Tengah pujuk?
YOU ARE READING
Suami Aku Muda...
RomanceDisebabkan abang yang membuat keputusan putus tunang last minute... Iman terpaksa mengantikan tempat abangnya... Terpaksa menjalin ikatan ijab kabul bersama seorang gadis yang 8 tahun lebih tua daripada dirinya.. Nak, tak nak Shaza harus terima dem...