Part 11

3.5K 104 9
                                    

Iman berada di dalam kereta sementara menunggu Shaza selesai berbual dengan Dania sebelum mereka terpaksa berangkat pergi gara² Iman sakit.

     "Ala.. Baru nak enjoy dengan kau. Tapi takpe aku faham suami lagi penting kan" kata Dania. Sempat dengan menjenggil bulu mata kearah Shaza.

     "Minta maaf, Dania, Faiz. Iman tu tiba² tak berapa sihat lepas makan semalam. Takut jadi apa² terpaksa kita orang balik" kata Shaza.

     "Tak pe, saya faham. Dia kan suami awak" kata En Faiz. Walaupun berat hati nak biar Shaza pergi.

  Iman dari dalam kereta memerhati gerak-geri Shaza. Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia bertukar tempat duduk dan beredar dari situ. Kenapa lama sangat nak berbualnya tu? Iman berpaling tempat lain apabila Shaza berjalan ke kereta Lamborghini milik Iman.

     "Okey Jom" kata Shaza. Iman senyum tak ikhlas.

     "Kenapa tak lamakan je lagi sembang tu? " perli Iman. Shaza memandang tajam wajah Iman.

     "Kau nikan! Syukur lah aku nak bawak kau pergi klinik kalau tak dah lama aku biarkan terbiar dalam bilik tu! " luah geram Shaza. Iman memperdulikan apa yang dihujah oleh Shaza.

  Mereka ke klinik dan mendapati bahawa Iman keracunan makanan sahaja dan tiada apa² yang serius terjadi. Iman dibekalkan dengan ubat-ubatan yang sesuai dengan keadaannya. Selepas mereka ke klinik, mereka berdua terus pulang ke rumah. Mereka tidak singgah di mana².

  Tiada sesiapa di rumah kecuali pengawal keselamatan, tukang kebun dan orang gaji. Dato'Emil dan Datin Armanda masih belum pulang dari kampung. Iman dengan sepantas kilat ke tandas sebalik sahaja perutnya 'bernyanyi' nyaring.

  Shaza tersenyum kecil melihat gelagat Iman. Memang melucukan dirinya. Tapi nampaknya...

     "Mmm akulah yang kena angkut beg² ni.. " kata pasrah Shaza. Shaza membawa kesemua bagasi masuk dan naik ke bilik. Di dalam bilik dia mengemas bagasinya dan secara tidak sengaja. Shaza terjumpa sekeping gambar di dalam almari yang berisi pakaiannya. Gambar ketika dia di bangku sekolah menengah. Gambar dirinya, Dania dan Aiman.

.
.
..... Flashback .....

"Tengok tu, handsome kan dia.. " kata Dania.

  Dania dan Shaza sedang ralik melihat perlawanan bola sepak peringkat sekolah yang berlangsung di sekolah mereka. Kerana tahun itu, sekolah menengah mereka menjadi tuan rumah untuk pertandingan bola sepak. Shaza melihat apa yang dilihat oleh Dania. Lelaki yang dimaksudkan Dania adalah Iman. Budak kelas 3 Inovasi, olahraga 2 tahun berturut-turut sekolah.

     "Budak tu hot ramai dah orang luahkan perasaan tapi semua kena reject. Pasti siapa yang nak tackle dia memang tak akan jalan" kata Dania. Shaza mengerut dahi. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang dikatakan oleh Dania sebentar tadi.

     "Tak akan lah sampai macam tu sekali. Hish tak mungkinlah" kata Shaza enggan mendengar apa yang dikatakan oleh Dania.

     "Wei Babe serius memang tak ada siapa dapat tackle dia. Kenapa kau nak buat cabaran ke? " kata Dania. Dia memandangkan Shaza dengan wajah yang teruja.

     "Cabaran boleh gak. Cabarannya kalau boleh couple dengan dia dalam bulan ni. Kau kena belanja aku makan tapi kalau aku kalah aku belanja kau makan" kata Shaza. Dania senyum riang.

     "Setuju! Tapi ingat Ye cabaran kau... " kata Dania. Mereka berdua mulai ketawa apabila merasa kekok sedikit.

  Dari jauh, Aiman yang berhenti sekejab dari permainannya memandang ke arah Shaza dan Dania yang sedang ketawa itu. Dengan wajah pelik dia memandang mereka.

Suami Aku Muda...Where stories live. Discover now