Keindahan malam di nikmati. Shaza duduk di taman belakang rumah keluarga mertuanya. Dia melihat langit malam. Bulan terlindung sedikit dengan awan. Shaza hanya ditemani dengan angin malam. Dia termenung jauh ketika itu.
Ketika itu hanya Shaza dan Iman berada di rumah. Datin Armanda dan Dato' Emil masih pulang, mungkin masih ada lagi kerja yang harus didahulukan. Iman turun dari tangga bawah badannya lengkap berpakai hendak keluar. Iman melihat Shaza dari jauh kemudian matanya dialihkan ke jam dinding.
Iman memakai jam tangannya yang berada di atas rak kasut. Dia mendekati Shaza. "hei " panggil Iman cara yang buruk. Shaza memandang malas suaminya.
"apa? " tanya Shaza, wajahnya dipaling ke arah Iman.
"aku nak keluar.. Kau boleh tinggal sorang? " tanya Iman. Shaza memandang Iman dengan wajah yang blur.
"aku tua kau kan? Kenapa tanya soalan lembap macam tu? " tanya kembali Shaza. Iman senyum sinis. Panas pula hati dia. Ditanya elok² pasti ada nak menjawab.
"sudahlah.. Kalau kau nak ikut aku, aku tunggu dekat parking kereta. 5 minit je aku bagi. Full time I go.. " kata Iman kemudian dia mengatur langkah ke pintu rumah. Dia keluar dari rumah.
Shaza memandang Iman. Ikut? Nak ikut ke? Duduk dekat rumah yang besar ni seorang diri tanpa teman. Mak Jah sudah pulang kerana waktu bekerjanya hanya sehingga pukul 6 petang. Sekarang dah pukul 8 malam. Shaza menggaru kepala yang tidak gatal kerana buntu seketika.
Iman menanti di superbikenya. Dia melihat jam tangan. Sudah 4 minit berlalu masih tak nampak batang hidung Shaza lagi. Kerana sudah bosan menunggu Iman menaiki superbikenya dan memakai helmet. Enjin di hidupkan. Baru sahaja nak memulas gear Shaza memanggil dia.
"tunggu" tahan Shaza. Iman berpaling arah melihat Shaza. Shaza berlari anak mendapatkan dia.
"tadi macam berani tinggal sorang? "perli Iman. Shaza mengetap bibir. Iman ketawa kecil.
"nah.. " kata Iman lalu dia mencampak helmet kepada Shaza. Shaza menangkap helmet tersebut.
Helmet di sarungkan di kepala. Shaza membonceng motosikal berkuasa tinggi itu. "pegang aku" kata Iman sebelum dia hendak memulas gear.
Shaza ragu-ragu hendak memegang tubuh belakang Iman. Dia memegang sedikit baju Iman. Iman mengerling ke belakang. Tangan Shaza di tarik sehingga berlingkar di pinggang Iman. Shaza tergamam
"baik pegang betul² kalau kau jatuh aku yang susah" kata Iman. Shaza berdiamkan diri. Betul juga apa yang di katakan Iman. Iman mula membonceng superbikenya dengan laju.
Dalam perjalanan, Iman bawa dengan laju sekali. Langsung tiada bunyi selain bunyi kenderaan dan angin yang berdesing melalui tubuhnya.
Iman masuk ke dalam kawasan tempat letak kenderaan sebuah pusat beli-belah. Shaza hairan. Kenapa Iman pergi ke tempat itu?
Motosikal itu dihentikan di tempat motosikal. Shaza turun dari superbike itu barulah Iman turun. Helmet dibuka Iman memandang sekilas Shaza. Mereka berdua mengatur langkah masuk ke dalam pusat membeli belah itu.
"what?! Iman tak dapat datang? Cis! " marah Maya di telefon bimbitnya. Fahmi yang menelefon dirinya. Sebenarnya dia sudah bercadang hendak ke rumah Aunty Dian, ibu Fairuz untuk menyertai sekali aktiviti yang di cadang empat sekawan itu. Itupun Fairuz yang bagitahu akan dirinya.
Maya meletakkan gagang. Terbantut niat Maya untuk mengikut serta aktiviti yang di cadang oleh kumpulan dia. Kalau tiada Iman situ buat apa lagi dia mengikut serta. Maya mengeluh.
YOU ARE READING
Suami Aku Muda...
RomanceDisebabkan abang yang membuat keputusan putus tunang last minute... Iman terpaksa mengantikan tempat abangnya... Terpaksa menjalin ikatan ijab kabul bersama seorang gadis yang 8 tahun lebih tua daripada dirinya.. Nak, tak nak Shaza harus terima dem...