Silau mata akibat lampu camera wartawan yang mengambil gambar setiap model yang berjalan di atas pentas. Iman paling tidak menyukai perkara itu, setiap kali habis pertunjukan fesyen pasti matanya berasa sakit.
" Iman, come on. Our turn " kata Emily sambil merangkul lengan Iman.
Mereka berdua berjalan untuk kali yang terakhir di atas pentas itu. Mata Iman sejak awal pertunjukan itu mencari di manakah melibatkan Shaza. Sejak daripada tadi tidak dia lihat batang hidung Shaza.
Kenapa lama sangat pergi ke tandas? Ada perkara lain jadi ke?
Emily memandang wajah Iman yang kelihatan gusar itu. Dia tersenyum sinis kemudiannya.
Habis sahaja acara itu, mereka pergi ke dewan makan hotel untuk pula. Setiap tetamu dijemput untuk menjamu salera di sana. Iman pada mula tidak mahu lagi mengekorinya, namun kerana di ajak oleh Aunty Kylin. Tidak sampai hati Iman menolaknya walaupun dia sedang sangat risau di manakah keberadaan Shaza.
Tengah semua berbual-bual, Iman mengeluarkan telefon pintarnya untuk menghubungi Shaza. Namun tidak dijawab langsung oleh wanita itu. Itu membuatkan Iman semakin berasa risau. Dia cuba cara lain seperti memberi pesanan mesej kepada Shaza.
^Shaza? Awak dekat mana? Semua ada dekat dewan makan? Awak dekat mana? Saya risau sekarang ni^
-Iman
✔✔Boleh diketahui Iman, mesej yang baru sahaja dia hantar telah dibaca. Walaupun hanya baca, sedikit hilang risaunya meskipun hanya 1%.
"Ma.. "
" Iman.. This is orange juice for you. I rasa you mesti dahagakan? " kata Emily yang tiba-tiba muncul.
Iman berkerut dahi. Tanpa berkata apa-apa Iman mengambil gelas jus oren yang dibawa oleh Emily itu. Dia meneguk air itu sehingga separuh kemudian di letakkan atas meja makan.
Terbantut dia ingin memanggil Aunty Kylin untuk memaklumkan kepada wanita itu dia ingin pergi mencari Shaza.
Tiba-tiba bahu Iman dicuit manja oleh Emily. Tersentak Iman. Dia menjauhkan diri daripada wanita itu.
"Emily, please jangan cuba sentuh aku" kata Iman.
Emily memancung lalu tersenyum sinis.
"Apa salahnya, bukan ada Shaza pun sini" kata gedik Emily.
Iman mengeluh. Pada mula dia hanya menganggap Emily seperti tiada di sebelahnya. Namun sekali lagi Emily melakukan perkara yang sama namun bukan di bahunya tetapi di peha Iman. Iman tersentak bangun daripada duduk. Dia memandang Emily dengan wajah yang bengis.
"Hei! Kau tak faham bahasa ke?!" marah Iman.
"Mmm x.. Kenapa dengan you ni? I just sentuh you sikit je" kata Emily mengada-gada.
Iman ketawa sinis. Dia seperti tidak percaya dengan apa yang baru sahaja dia dengar tadi.
" Certainly and indeed that is a very wrong thing! Aku ada isteri dan kau cuma..! "
Berpaut pada meja Iman kemudian. Tiba-tiba pandangan matanya kabur, kepala berasa sangat berat dan satu badannya berasa sangat tidak selesa dan panas.
YOU ARE READING
Suami Aku Muda...
RomanceDisebabkan abang yang membuat keputusan putus tunang last minute... Iman terpaksa mengantikan tempat abangnya... Terpaksa menjalin ikatan ijab kabul bersama seorang gadis yang 8 tahun lebih tua daripada dirinya.. Nak, tak nak Shaza harus terima dem...