Part 2

5.4K 107 9
                                    

Guys, aku tak dapat join dinner malam ni..
Aku ada hal, tak yah tunggu aku..
Cakap dekat Maya aku tak dapat hantar dia balik...

-Iman

Maya mengumam mulutnya geram. "Maya, aku jelah hantar kau balik" kata Aqil. Maya memandang Aqil menyampah.
"Its okay.. I balik naik grab je.. Bye.. " kata Maya. Dia tidak mahu orang lain yang hantarnya pulang kecuali Iman.

"dinner tak? " tanya Fairuz. Maya menggelengkan kepala.

"tak kuasa I.. Bye! " kata Maya lalu meninggal 3 tiga pemuda itu.

"esei sombong! Dahlah jom makan aku lapar.." kata Fahmi..

.
.
.
Iman menutup telefon bimbitnya. Dia mengeluh. Sebenarnya tujuan Iman ke situ adalah untuk mengambil kunci kereta sportnya sahaja tapi dia terpaksa ikut serta majlis makan malam itu.

"Fina kenalkan ni anak saya yang no 2, Iman Shazwan" kata Datin Armanda memperkenalkan anak lelaki itu. Iman hanya melontarkan senyuman kepada Puan Afina dan En Fariz.

Iman duduk di sebelah ibunya dan Aiman.
"berapa umur kamu? 23?" tanya En Fariz. Iman memandang En Fariz, nampak tua ke aku ni?

"17 tahun uncle.. " jawab Iman. En Fariz senyum, dia langsung tidak terkejut.

"17... Patut nampak muda.. " kata Puan Afina. Iman senyum hambar. Perli ke? Iman membuka kembali telefon bimbitnya. Makanan belum terhidang baik dia bermain telefon sebentar daripada tidak berbuat apa. Lagipun Iman malas hendak berbual dengan keluarga bakal besan ibu bapanya.

Shaza hanya memerhatikan Iman yang bermain telefon bimbit itu. Dia mengeluh pelahan, rupanya selama ini dia berdebat dengan budak sekolah. Patutlah waktu kes langgar itu cara percakapan Iman seperti tidak matang. Tapi kenapa dia tidak terfikir bahawa Iman itu budak sekolah ye?

Mungkin suaranya yang garau atau sebab Iman lebih tinggi daripadanya.

Puan Afina menggeleng kepala apabila melihat anak tunggalnya itu mengelamun ketika itu. Di siku lembut lengan Shaza. Shaza sedar dari lamunan.

Iman memerhatikan secara diam Shaza yang sedang ditegur oleh Puan Afina. Iman berfikir tidak tahulah kenapa keluarganya perlu berkait rapat dengan wanita yang tidak beradap itu.

Selepas beberapa masa menunggu, tiba sudah makanan mereka. Dato' Emil mempelawa mereka makan. Semuanya berjalan lancar.

[setelah makan malam]

Puan Afina berbual-bual sebentar dengan Datin Armanda. Iman menunggu di ruang menunggu, dia masih melekat dengan telefon bimbit. Entah apa yang menarik perhatian Iman sampaikan Iman kerap sangat memandang telefon bimbit.

Aiman menghampiri Iman yang sedang berdiri dia ruang menunggu.
"Iman, boleh tolong aku? " tanya Aiman. Iman memandang Aiman.

"tolong apa lagi? Kau ni suka minta tolong aku.. " kata Iman. Agak biadap cara percakapan Iman. Aiman memperdulikan cara percakapan Iman itu.

"boleh tolong ke tak? " tanya Aiman. Iman tidak memandang Aiman.

"tak! Cukuplah sekali aku tolong kau. Habis hancur hidup aku! Dah aku nak balik.. Cakap dengan mummy... " kata Iman lalu mengambil helmetnya yang diletakkan atas meja kecil yang berhampiran.

Suami Aku Muda...Where stories live. Discover now