Tubuh tegap remaja lelaki itu ditolak lembut oleh Emily sehingga rebah di atas katil. Emily menaiki katil tersebut dan cuba mendekati Iman.
"Iman.. I pastikan malam ni adalah ma~lam~ yang paling you tak akan lupa~~ " kata manja Emily.
Iman tersenyum kecil. Mata Iman memerhati gerak-geri tangan Emily yang menyentuh wajahnya. Ketawa kecil Iman.
"So bad.. " kata perlahan Iman.
Emily berkerut dahi.
"Pardon? What are saying? " tanya Emily keliru.
Iman ketawa kecil lagi. Dia menatap wajah Emily.
"Emily, aku memang suka wanita macam kau? Berani.. Keras kepala.. Sexy.. Haha dan tak berfikiran panjang" kata Iman perlahan.
Mata Iman masih kekal menatap anak mata Emily.
Suasana bilik hotel itu menjadi sunyi dan kelam. Entah kenapa Emily berasa tidak berasa senang dengan kata-kata yang baru sahaja keluar daripada mulut lelaki yang dia sanjungi itu.
"But.. Its doesn't work actually.. You have already failed.. " kata Iman lagi.
Shhhuubb!
Kedudukan mereka berubah, kini Iman berada di atas manakala Emily di bawahnya. Kedu Emily dengan tindakan Iman itu. Semakin dia terkejut apabila melihat remaja lelaki itu membuka tali pinggangnya.
" What do you mean, I failed? Look what you're trying to do right now? You still believe that I failed? " cabar Emily.
Iman senyum sumbing, tali pinggang yang dia buka itu diikati seketat yang mungkin pergelangan tangan Emily.
"Auch! Apa you buat ni! Sakit tahu tak?! " kata Emily.
Iman ketawa sinis.
"Sakit? Baru sikit. Emily kau sendiri kata aku boleh buat apa je yang aku nak kan? Dah menyesal? " kata Iman.
Emily berasa tidak senang duduk. Entah kenapa dia boleh merasakan suasana bilik itu amat tegang. Mahu dia menolak Iman dan berlari sejauh-jauh yang mungkin. Namun dia juga tidak mahu apa yang dia rancangkan ini gagal begitu sahaja. Walau apapun yang terjadi, Iman harus menjadi miliknya!
"Hei! Enough! Berapa ketat lagi u nak ikat tangan I ni?! " marah Emily.
"Sampai tangan kau putus! " tengking Iman.
Tersentak Emily. Iman senyum sinis lalu ketawa besar.
"Kenapa takut? Ahh?! " jerkah Iman lagi.
Iman mencekup dagu Emily dan memaksa wanita itu melihat terus ke anak matanya.
"Emily? Niat kau nak jadi madu Shaza? Dengan cara kotor? Hahaha " kata Iman.
"Let!.. Let me go! " tolak Emily.
Tolakan Emily menyebabkan Iman terjatuh daripada katil. Walaupun Iman sudah sedar sedikit, pengaruh ubat yang diberikan Emily kepadanya belum seratus peratus hilang lagi.
Emily cuba melarikan diri, dia tidak mahu terus berada di situ lagi. Namun malang bahu Emily ditarik Iman. Iman kemudian menyerang leher wanita itu.
Dicekik leher itu serta ditolak ke dinding. Semakin lama semakin kuat cengkaman tangan Iman. Seperti Iman mahu mengambil nyawa Emily ketika itu.
"I.. Imm.. Iman! Le..paskan I! " rayu Emily.
Bibirnya menjadi sedikit biru kerana hampir kehilangan nafas. Lagi sedikit Emily kehilangan seluruh nafasnya, Iman melepaskan cengkaman. Terjatuh terduduk Emily setelah itu. Dengan segeranya dia mengambil kembali nafasnya.
YOU ARE READING
Suami Aku Muda...
عاطفيةDisebabkan abang yang membuat keputusan putus tunang last minute... Iman terpaksa mengantikan tempat abangnya... Terpaksa menjalin ikatan ijab kabul bersama seorang gadis yang 8 tahun lebih tua daripada dirinya.. Nak, tak nak Shaza harus terima dem...