Aku terasa ada air yang mengalir di kepala aku. Darah? Sakitnya. Aku memandang lelaki yang berada di sebelah aku. Pandangan aku kabur untuk melihat siapakah lelaki di sebelah aku. Muka lelaki itu dipenuhi darah dan kepalanya tersandar di stereng kereta. Lelaki itu sepertinya tidak sedarkan dirinya. Lama-kelamaan, pandangan aku jadi kabur. Penglihatan aku makin gelap.
"Rose"
***
Aku melihat semua sekeliling aku gelap gelita. Aku dimana?
"Hello, ada sesiapa di sini?"
Tiada sahutan.
Aku berjalan ke hadapan dan makin kedepan. Tapi sekeliling aku masih gelap dan tiada langsung cahaya di sini. Aku jadi takut. Aku dimana? Air mata aku hampir sahaja menitis. Ya Tuhan, dimanakah aku sekarang?
Tiba-tiba aku ternampak satu cahaya kecil. Sepertinya dia berada di hujung jalan. Aku berlari ke arah cahaya putih itu. Makin lama aku dekat makin aku dapat lihat cahaya itu. Akhirnya aku berada berdekatan di cahaya itu dan aku keluar dari tempat yang gelap gelita itu. Silau! Cahaya ini terlampau silau. Aku tak mampu nak membuka mata.
"Sera?"
Nama aku dipanggil. Siapakah dia? Suara macam suara appa. Aku cuba membuka mata aku.
"Sera? Kamu sudah sedar!"
Mata aku terasa seperti berat untuk dibuka. Aku buka sahaja aku terpandang lampu siling.
"Doktor!"
Aku dapat lihat seorang lelaki berjubah putih mendekati aku. Nampaknya dia doktor yang dipanggil oleh lelaki tua itu.
"Sera? Awak boleh dengar saya?" tanya doktor itu.
Aku mengangguk lemah. Aku dimana?
"Awak berada di hospital sekarang. Awak boleh nampak saya?" tanyanya lagi.
Aku mengangguk. Apa sudah jadi pada aku? Aku di hospital?
"Sera, akhirnya kamu sedar juga" aku mengalih pula pada suara lelaki tua itu.
"Appa?"
Lelaki itu mengangguk. Dia terus memeluk aku. Dia menangis? Kenapa appa menangis? Apa sudah jadi pada aku?
***
"Awak tidak ingat apa-apa?"
Aku menggeleng. Aku tidak ingat mengapa aku boleh terbaring di atas katil hospital. Doktor Kim pula cakap sudah setahun aku tidak sedarkan diri.
"Apa jadi pada saya doktor?" tanya aku.
"Sebelum itu boleh saya tahu umur awak"
Aku mengira pada jari. Sekarang tahun 2015 kan. Bermakna aku berumur 18 tahun kan?
"18 tahun"
Nampaknya jawapan aku mengejut appa dan juga Doktor Kim.
"Bukankah sekarang tahun 2015? Jadi umur saya genap 18 tahun lah" aku cuba terangkan padanya.
Dia menggeleng.
"Sera cakap apa ini?"
Aku memandang appa pula. Kenapa? Apa yang Sera cakap salah ke?
"Sekarang sudah tahun 2018 sayang. Sera dah genap 21 tahun"
Keterangannya buatkan aku terkejut. Sekarang sudah tahun 2018? Tidak mungkin kan!
"Tuan Kim, saya kena berbincang perkara penting dengan tuan sekarang"
Appa hanya mengangguk.
"Sera, saya minta diri dulu" dia menundukkan badannya pada aku.
YOU ARE READING
TY's
Hayran Kurgu"She's TY's. You touch her, you die!" Cast: Lee Taeyong Kim Sera as You Start: 24/7/2021 End: 09/03/2022 Most Impresive Ranking #02 in Yuta #03 in Taeyong #08 in Mark Other Ranking #28 in Jeno #91 in NCT