Aku keluar dari lif dan aku lihat semua pekerja memandang aku pelik. Aku lupa ini masa orang balik dari makan tengahari. Tapi kenapa mereka pandang aku semacam? Aku buat salah ke?
Aku pun berjalan seperti biasa melepasi mereka semua
"Dia ada affair dengan Tuan Lee ke?"
"Yelah. Kenapa dia pakai lif tu?"
Aku menundukkan wajah. Ya! Aku lupa aku menggunakan lif 'Tuan Lee'. Itu disebabkan aku tak nak buang masa tunggu lif jadi aku terpaksa gunakan lif Tuan Lee. Aku pun berjalan laju masuk ke dalam dan menuju ke meja Seulgi.
"Cik Seulgi"
Wanita itu mengangkat wajahnya memandang aku. Wah. Cantiknya dia. Sama seperti gadis sebelum ini.
"Ha! Nak apa?"
Hilang semua pujian aku pada dia bila dia tegur aku dengan kasar. Eyy. Aku tegur baik-baik kan!
"Tuan Lee ada?"
Dia menyandarkan tubuhnya pada kerusinya dan memandang aku atas bawah. Apa masalah dia?
"Kenapa nak jumpa dia?"
"Tuan Lee nak jumpa saya tadi" jawab aku.
Keningnya diangkat.
"Jumpa kau? Untuk apa eh?" tanya dia lagi.
Nak je aku siku dia ini. Muka berlagak betul.
"Saya sendiri tak tahu, cik"
"Dia ada di dalam. Pergilah masuk kalau berani" tangannya menghalau aku.
"Kenapa? Mood dia tak baik ke cik?" tanya aku.
Ey. Risaulah aku kalau dia tengah mengamuk ke sekarang. Tak pasal-pasal dia lepaskan marah dia dekat aku macam mana.
"Kenapa? Kau takut ke?" dia tanya sinis.
Aku pun mengangguk.
"Just go. Dia tak makan orang pun. Dia cuma akan marah kau je sebab kau datang pada masa yang tak tepat" jawabnya, berlagak.
Aku pun berjalan menuju ke pintu pejabat Taeyong. Aku mengetuk pintunya sekali. Tiada sahutan pun dari dalam. Aku pun mengetuk pintu sekali lagi tetapi dengan lebih kuat.
"Just come in, Seulgi!"
Terkejut aku dengar suaranya yang sedang marah sekarang. Aku memandang Seulgi yang sepertinya mengejek aku. Kenapa masa aku datang jumpa dia je mesti mood dia tak betul?
"Tenang Sera. Tenang"
Aku pun masuk ke dalam biliknya dan melihat dia sibuk menulis sesuatu di mejanya. Aku menutup pintu perlahan-lahan kerana takut mengacaunya. Dia sepertinya dengar akan aku tapi dia hanya menghiraukannya sahaja. Aku pun berjalan perlahan-lahan mendekati mejanya.
"Tuan Lee" tegur aku perlahan.
Dia mengangkat wajahnya memandangnya.
"Oh. Kau rupanya aku ingatkan Seulgi" katanya dengan lembut.
Hilang semua suara garaunya tadi yang garang lagi menakutkan tu. Lega aku.
"Ada apa Tuan Lee nak jumpa saya?" tanya aku.
"Duduk lah sana dulu" katanya sambil menuding pennya ke arah sofa.
Aku hanya mengangguk dan kaki diatur ke sofa pejabat milik Tuan Lee. Aku melabuhkan punggung di sofa lembutnya itu. Aku memandangnya yang sambung menulis sesuatu. Dia baru lepas marahkan staff dia ke? Muka dia nampak penat sangat. Hmm kesiannya dia.
Entah kenapa aku terbayangkan aku sedang mengurut bahunya sekarang. Mesti hilang segala penat dia kan?
Hey! Kau fikir apa Sera! Pabo.
YOU ARE READING
TY's
Fanfiction"She's TY's. You touch her, you die!" Cast: Lee Taeyong Kim Sera as You Start: 24/7/2021 End: 09/03/2022 Most Impresive Ranking #02 in Yuta #03 in Taeyong #08 in Mark Other Ranking #28 in Jeno #91 in NCT