Part 33

174 11 5
                                    

Tok! Tok! Tok

Pintu aku tolak dari luar dan kepala dijengulkan kedalam melihat si dia yang sedang asyik menyibukkan diri di bilik kerjanya. Kepalanya langsung tidak mendongak memandang aku.

"Awak?"

Dia diam. Aku pun berjalan masuk ke dalam dan mendekati meja kerjanya. Tangannya laju menulis sesuatu di fail. Entah apa yang dia buat tak tahulah. Jam sudah menunjukkan hampir 1 pagi. Tapi dia masih di sini.

"Awak, dah lewat ini. Taknak masuk tidur ke?" soal aku, lembut.

Dia hanya menggeleng. Wajah membeku dan langsung tidak mendongak memandang aku.

"Awak busy lagi ke?"

"Yup" itu sahaja jawapannya dan tangan menutup fail itu dan fail lain digapainya.

Matanya sibuk membaca fail itu. Laju aku nampak matanya bergerak dari kiri ke kanan.

"Nak saya teman ke?"

"No need. Saya okay seorang diri" jawabnya dan masih tidak memandang aku.

"Sure?"

"Very sure" jawabnya.

Aku hanya mengangguk dan perlahan-lahan meninggalkannya. Okay, sebenarnya dia sedang marahkan aku.

Atas sebab?

Sebab keinginan dia untuk ada anak.

"Apa awak cakap ini?" soal aku, terkejut.

"Kenapa? Of course saya nak baby. Sayang taknak ke?" soalnya pula.

"Saya nak. But, bukankah terlalu awal?" soal aku.

Mukanya sedikit berubah tetapi cuba kekalkan riak selamba.

"Awal? What do you mean? Perkahwinan kita hampir cecah 5 tahun sayang. Apa yang awal?" soalnya.

"I know. Tapi"

"Tapi?"

"I'm not ready yet" jawapan aku membuatkan dia tersenyum hambar.

"Saya rasa saya tak bersedia dengan perasaan itu. Saya rasa saya pernah rasa sebelum ini but I'm not sure about that" jelas aku.

Aku pernah rasa perasaan itu dahulu dan aku sendiri tidak tahu bila dan macam mana. Mungkin semasa awal perkahwinan kami. Dan kemalangan itu membuatkan aku kehilangannya. Tapi tidak pula dia ceritakan tentang itu.

"Okay"

Kejadian itu sudah berlarutan dua hari. Dia masih tidak mahu bercakap dengan aku. Aku pula hanya buat tak tahu dan tetap melayannya seperti biasa malah dia yang lain. Salah aku. Aku tahu itu. Rasa bersalah juga kerana dia suami aku. Tapi aku tolak keinginannya. Dan hari ini aku nekad untuk memujuknya.

***

Klakk!

Kedengaran pintu bilik ditutup dan dengan pantas aku memejamkan mata rapat. Derapan kaki kedengaran dan terasa katil tenggelam di belakang. Maknanya dia sudahpun berada di sebelah aku. Lama juga aku biarkan dia dahulu dan setelah memastikan dia sudah memejamkan mata aku perlahan-lahan memusingkan badan menghadapnya. Dia pula sudah semestinya membelakangi aku. Belakangnya juga kelihatan segak walaupun tidak nampak wajah kacaknya. Beuntung nya aku.

"Awak" bisik aku.

Diam.

"Awak tidur dah ke?" soal aku perlahan.

Dia diam sahaja. Padahal dengar sebenarnya. Sengajalah itu. Aku memikirkan cara untuk mengambil perhatiannya.

"Awak"

TY'sWhere stories live. Discover now