Aku duduk bertapa di atas sofanya sudah hampir 3 jam. Bosan. Tiada kerja nak buat dan tiada sesiapa nak berborak. Aku berjalan- jalan menuju ke luar rumahnya. Ada kolam renang. Kalau dapat berendam ini pasti seronok.
Aku pun mengeluarkan telefon aku dari poket untuk menangkap gambar dan terkejut apabila mendapat banyak panggilan daripada Jungwoo, Taeil dan Yoona. Apasallah kau silent telefon, Sera? Aku pun segera menelefon Jungwoo semula.
"Sera!!!!"
Belum sempat aku menyapa dia terus menyergah aku.
"Kau kat mana sekarang? Kami perlukan kau tahu tak? Miss Taeyeon mengamuk ini"
Aku mengarukan kepala aku yang tidak gatal kerana tidak tahu mahu jawab apa.
"Jungwoo, Tuan Lee dah arahkan saya untuk tidak turut serta dengan event tu" jawab aku.
"Ha?? Apasal pula?"
"Saya pun tak tahu"
"Kau jangan mengarut. Sekarang ini kau datang sini tolong kami. Tuan Lee takkan sedar kau punya sebab kita uruskan bahagian dapur sahaja. Cepat aku tunggu kau"
Panggilan itu terus termati tanpa sempat aku membalas. Apa patut aku buat sekarang? Taeyong tidak benarkan aku turun dan mereka perlukan bantuan sekarang. Aku mengambil keputusan untuk turun ke bawah membantu mereka lagian pula Jungwoo kata aku kena uruskan bahagian dapur jadi semestinya Taeyong takkan sedar akan aku kan? Aku tinggal semua barang aku di sini dan turun ke bawah.
***
"Tuan Lee tak benarkan awak turut serta? Untuk apa? Awak tahu tak kami perlukan staff untuk bertugas"
Aku hanya menundukkan wajah sahaja.
"Saya personal assistant dia. Bukan awak. Jadi kalau dia tak beritahu saya bererti itu tidak betul. Jadi, pergi bertugas sekarang!"
Aku mengangguk dan meninggalkan bilik janitor dan Seulgi. Rasa mahu menangis sebab dimarahi dengan Seulgi tadi. Aku keluar dan bertemu Jungwoo di dapur.
"Kau okay?"
Aku mengangguk sahaja dan mata memandang sekeliling dewan besar itu. Ramai orang berpangkat disini. Tengok lah pakaian dan barang kemas mereka semuanya mahal-mahal dan bersinar-sinar. Tiba-tiba mata aku menangkap seseorang, penyebab aku di marahi oleh assistant dia. Aku lihat dia berborak dengan beberapa lelaki dan sepertinya serius. Cuba senyum sikit tak boleh ke?
Tapi, aku rasa dia lebih menarik apabila dia begitu. Kacak, maskulin dan seksi. Kalau dia senyum, macam mana ye? Adakah dia akan kelihatan cute? Terasa kelakar pula. Tanpa aku sedari, aku tersenyum sorang-sorang.
"Kau suka Tuan Lee kan?"
Aku terkejut dan menjeling ke arah Jungwoo yang sudah berdiri sebelah aku dengan senyuman penuh makna.
"Tidak lah" aku menafikan padahal hati aku sudah berdegup kencang.
"Aku dengar kan" dia mendekatkan dirinya dengan aku.
"Tuan Lee dan Encik Mark macam ada hubungan" sambungnya.
"Maksud awak?"
"Gay" bisiknya di telinga aku.
Aku terkejut.
"Apa awak cakap ini?"
"Aku dengar2 lah. Sebab staff kata dia tak pernah bawak perempuan datang sini. Cik Seulgi yang cantik lagi seksi tu pun dia seperti tidak berminat. Encik Mark selalu bermalam di penthouse Tuan Lee"
"Takkanlah dia nak hebohkan kalau dia dah ada yang punya. Lebih baik dia rahsiakan daripada dia beritahu orang lain. Tentang Mark, dia kan pembantu Tuan Lee. Takkan mereka nak tidur satu bumbung pun tak boleh"
YOU ARE READING
TY's
Fanfiction"She's TY's. You touch her, you die!" Cast: Lee Taeyong Kim Sera as You Start: 24/7/2021 End: 09/03/2022 Most Impresive Ranking #02 in Yuta #03 in Taeyong #08 in Mark Other Ranking #28 in Jeno #91 in NCT