Part 4

220 14 0
                                    

Aku termenung memikirkan apa yang dikatakan doktor sebentar tadi.

"Sera, aku balik dulu ye. Dah lewat ini"

Aku memandang Jeno dan mengangguk. Jeno memeluk aku.

"Banyakkan bersabar. Esok aku datang lawat kau lagi. Pasal universiti kau jangan risau, aku akan bagitahu saem"

Aku mengangguk.

"Gomawo, Jeno ah"

Dia tersenyum.

"Aku pergi dulu"

Aku mengangguk dan dia pun pergi meninggalkan aku seorang diri. Aku memandang appa yang masih terbaring dengan satu tiub di mulutnya. Terdapat bangak wayar di badannya.

"Sejak bila appa ada penyakit? Kenapa appa tak bagitahu Sera awal-awal? Kenapa appa perlu rahsiakan segalanya dari Sera?" aku memegang erat tangan appa.

Aku menangis. Kenapa semua ini berlaku? Sungguh malang nasibnya.

***

Aku berjalan memandang ke bawah. Sibuk memikirkan nasibnya selepas ini.

Dia menuju ke tandas. Mukanya dibasuh. Terasa sejuk sedikit. Hilang sedikit bebannya. Sudah tiga hari dia menjaga kebajikan appanya. Appa masih tidak sedarkan diri. Tiada tanda-tanda yang dia akan sedarkan dirinya.

Aku melihat wajah aku di cermin. Hodohnya rupa aku. Rambut serabai. Macam hantu dah. Aku pun menyikat rambut aku menggunakan jari jari supaya dia sedikit teratur. Selepas terasa diri sedikit kemas, aku pun keluar dari tandas. Entah dari mana datang, seorang lelaki terus merempuh badannya. Aku terjatuh.

"Au!"

Lelaki itu cepat-cepat mendekati aku.

"Cik, are you okay?"

Aku mendongak. Masing-masing terkejut melihat diri masing-masing.

"Mark"

"Sera"

***

"Awak buat apa dekat hospital?"

"Appa saya sakit"

Dia mengangguk.

"Awak?"

"Kawan saya sakit. Jadi saya melawat dia sekejap" jawabnya.

Kali ini aku pula yang mengangguk.

"Saya turut bersimpati dengan awak, Sera"

Aku tersenyum pahit.

"Terima kasihlah sebab bersimpati dengan saya"

Dia tersenyum. Kemudian, dia berdiri secara tiba-tiba. Aku memandangnya.

"Saya kena pergi. Boss saya dah tunggu di sana"

Aku mengangguk dan turut berdiri. Mata aku memandang ke arah boss yang disebutnya. Lelaki itu membelakanginya.

"Saya minta diri dulu. Take care of yourself, little girl"

Aku tersenyum.

"Thank you, Mark"

Mark membalas senyuman aku dan beredar menuju ke lelaki yang menunggunya tadi. Aku sibuk memandang lelaki yang tinggi itu. Siapakah dia? Mark yang sehensem itu hanyalah pekerja bawahan kepada lelaki itu? Wow! Sungguh menakjubkan. Lelaki itu sedikit menoleh ke belakang sepertinya mahu melihat aku. Kemudian, dia pun pergi dari situ. Mark sempat melambaikan tangan kepada aku sebelum pergi.

"Cik!"

Aku mengalihkan pandangan ke arah seseorang yang menegurnya.

"Ada orang suruh saya berikan ini kepada cik"

TY'sWhere stories live. Discover now