Aku terus menutup mata aku guna kedua-dua tangan aku. Aku rasa berdosa sangat. Apa yang aku lihat tadi?
"What are you doing, Kim Sera?"
"Saya pula? Saya yang patut tanya apa Tuan Lee buat disini?" mata aku masih ditutup.
Aku tahu dia masih tegak memerhatikan aku dengan tuala yang dililit di pinggangnya. Rambutnya basah dan badannya yang sedikit basah lagi mungkin baru selesai mandi. Ia memang menggoda tapi kenapa aku yang perlu lihat?
"This is my house, Sera"
"Saya tahu. Tapi bukankah sepatutnya Tuan Lee di pejabat?"
Dia berdecit.
"Put your hands down!"
Aku menggeleng.
"Aku bukan suruh kau buat pilihan sama ada kau nak ke taknak. Ini adalah arahan" tegas suaranya.
Okay! Aku mula takut bila suaranya bertukar begitu. Aku menurunkan tangan aku dari daripada menutup mata. Tapi mata aku masih di pejam.
"Aku dah warning tapi kau tetap degil"
Alamak! Apa dia pula ini? Aku tidak pula melanggar arahannya kecuali ...
Art Room and being curious?
"Aku dah cakap jangan panggil aku Tuan Lee"
Aku lega. Aku fikirkan tentang Art Room. Tanpa aku sedar, aku membuka mata aku.
"Saya akan panggil Tuan Lee sampai bila-bila" aku tersenyum memandangnya.
Dia memeluk tubuhnya sambil memandang aku. Tajam matanya. Aku takut. Aku terlupa dia masih tidak berbaju.
Shit!!! He's so hot!!!!
Aku tersedar dan cepat-cepat berpaling.
"Sa- sa- saya sambung buat kerja dulu" gagap.
Aku pun terus sambung kerja aku yang tertangguh tadi. Dia? Aku ingatkan dia akan masuk semula ke dalam biliknya untuk bersiap tapi dia malah menyandarkan badannya pada dinding dengan memeluk tubuhnya sambil memerhatikan aku. Dia perhatikan aku! What the helll!!!
Aku tak selesa sekarang. Betul-betul tak selesa.
"How your work? Is everything okay?"
"Not bad" jawab aku.
Dia mengecilkan matanya memandang aku. Adakah jawapan aku kurang menyenangkan?
"Err. Tak! Maksud saya.. ermm maksud saya semuanya okay sahaja. Biasalah kalau penat itu. Nama pun kerja" balas aku.
Dia mengangguk. Aku cuba menenangkan hati yang meronta ronta ini. Aku cuba siapkan semua kerja dengan cepat sebab dia memang takkan berdalih daripada memandang aku. Matanya memang dah melekat pada aku. Please stop being seductive Tuan Lee Taeyong!!
Aku pergi kesana mata dia pun kesana aku kesini mata dia pun kesini. Aku takut gila gila.
Dan akhirnya kerja aku pun siap.
"Saya minta diri dulu, Tuan Lee" aku bergerak ingin pergi dengan cepat.
"Kau nak pergi mana?"
Pertanyaannya mematikan kaki aku daripada bergerak. Aku memandangnya yang masih statik di pintu biliknya tadi. Dengan tak berbajunya. Eyy. Tak reti ke pakai baju!
"Kerja saya dah siap"
"Siapa kata?" matanya memandang aku.
Aku agak tergamam.
"Ironkan baju kemeja aku" dia berjalan mendekati sofa.
Dia duduk di sofa dan bersandar dengan mata yang terpejam. Tapi entah kenapa aku tiba-tiba jadi pekak.
YOU ARE READING
TY's
Fanfiction"She's TY's. You touch her, you die!" Cast: Lee Taeyong Kim Sera as You Start: 24/7/2021 End: 09/03/2022 Most Impresive Ranking #02 in Yuta #03 in Taeyong #08 in Mark Other Ranking #28 in Jeno #91 in NCT