"Dia milik aku!"
Suara ketawa terbahak-bahak kedengaran di telinga. Mata dibuka. Yuta? Di tangannya ada sebatang kayu besbol. Anak mata bergerak memandang ke hadapan. Taeyong?
Wajahnya kemerahan kerana marah. Dahinya juga sudah berpeluh dan berdarah. Manakala dia dipegang erat oleh dua orang lelaki.
"Kau ingat aku kisah ke? Kalau aku tak dapat dia, kau pun takkan dapat!" serkahan Yuta membingitkan telinga aku.
Tiba-tiba Yuta berjalan menghala ke arah aku dengan mengheret kayu besbol itu dengan senyuman yang menyeramkan.
"Yuta, aku mohon jangan sentuh dia!" Taeyong cuba melepaskan diri tetapi tidak berjaya dan dia jatuh terduduk di hadapan kami.
Aku yang terbaring ditarik Yuta supaya bangun. Sakit badan-badan terasa. Rambut aku ditariknya supaya mendongak.
"Stop it, Yuta! Aku berikan kau amaran! Berhenti!"
Yuta mengerling ke arah Taeyong dan pang!
Pipi aku ditamparnya kuat. Aku kembali terbaring di lantai. Darah mula melimpah keluar sepertinya aku sudah lama dipukul.
"No! Don't touch her please!!" rayu Taeyong.
"Lepaskan lelaki itu" arah Yuta.
Dua lelaki itu melepaskan Taeyong dan automatik Taeyong berlari anak mendapatkan aku yang sudah terbaring lemah.
"Sera, bangun sayang" kepala aku dipegang lembut dan diletakkan di atas pahanya.
"Sera. Saya minta maaf, tolong bangun" rayunya lagi.
Air matanya menitis dan tepat jatuh pada wajah aku.
"Taeyony?"
"Iya. Ini saya" ujarnya.
"Saya sakit. Tolong bawa saya pergi" bisik aku.
"Baik. Kita akan pergi dari sini" dia terus mengendong aku.
Yuta tidak pula menghiraukan kami dan hanya tersenyum riang. Pada mulanya aku fikirkan dia akan lepaskan aku pergi, rupanya dia mengekori kami sehinggalah kami kemalangan teruk ketika itu. Dan waktu itu, aku sedang mengandungkan anak Taeyong. Aku kehilangan anak kecil aku dan kehilangan Taeyong selama 4 tahun.
Aku adalah kelemahannya. Dia akan jadi lemah dan tidak bermaya bila aku di apa-apakan. Malangnya, mereka tahu kelemahan dia. Maka mereka akan tetap begini sekiranya Taeyong masih menganggap aku adalah kelemahannya.
"Awak adalah kelemahan saya"
"Jangan cakap macam itu! Jadikan saya kelemahan dan kekuatan awak! Bila saya dilukai jangan sesekali tunjuk betapa lemahnya. Awak kena jadi kuat untuk selamatkan saya"
"Jadi mereka takkan sesekali sentuh saya sebab..."
Tangan aku merangkul pinggangnya dan mata memandang tepat matanya.
"Sebab saya Ty's. Mereka akan terseksa bila mereka berani sentuh hak Ty"
***
Bang!!!
Yuta mengalihkan pandangan apabila pintu itu ditendang kuat dari luar. Aku sendiri terkejut. Hendery dan Johny ditendang ke dalam. Mereka kelihatan teruk dibelasah. Ada beberapa orang mungkin konco-konco Yuta memegang parang, tukul dan sebagainya sambil berhadapan dengan sekumpulan yang lain lagi. Kemudian, susuk tubuh yang aku kenal masuk dan berjalan menghampiri kami. Wajahnya ketat tidak berdarah. Beku. Dingin. Tiada lagi wajah mendung. Ada Jeno, Jaemin serta Mark berada di hadapannya.
YOU ARE READING
TY's
Fanfiction"She's TY's. You touch her, you die!" Cast: Lee Taeyong Kim Sera as You Start: 24/7/2021 End: 09/03/2022 Most Impresive Ranking #02 in Yuta #03 in Taeyong #08 in Mark Other Ranking #28 in Jeno #91 in NCT