Aku hanya mengekor Taeyong masuk ke dalam rumah. Jelas yang dia sedang marahkan aku kerana hal tadi. Dia mencabut kot hitamnya dan melemparnya di atas sofa.
"Taeyong?" tegur aku.
Dia hanya membelakangi aku. Tidak langsung memusingkan badan menghadap aku. Aku perlahan-lahan mendekatinya. Takut. Perlahan-lahan tangan aku ingin memegang bahunya.
"Please go now, Sera. Saya taknak lepaskan marah saya pada awak" ucapnya sebelum sempat tangan aku meraih bahunya.
"Awak, okay?" soal aku, berhati-hati.
"Just go! Don't ignore me" balasnya.
"Tapi-"
"Just go!" suaranya menaik membuatkan aku terkejut.
Aku pun terkedu tak tahu nak balas apa. Dia marahkan aku kerana aku tolong Yuta dan tak dengar arahan dia untuk duduk diam dalam kereta ke?
"Baik. Saya naik dulu" balas aku dan kaki melangkah menuju ke tangga untuk menuju kebilik.
Dia tidak langsung menghiraukan aku. Perlahan-lahan aku mendaki tangga dan sempat aku mendengar dia menelefon seseorang.
"Mark! Take care of him! Please watch him if he come closer to my Sera! I'll kill him!"
Aku agak terkejut juga tapi aku hanya hiraukannya dan terus mendaki ke atas.
***
Aku langsung tak boleh tidur. Badan pusing kanan pusing kiri langsung mata tidak terlelap. Taeyong pula dari tadi tak masuk ke dalam bilik. Pasti dia perlukan masa sendirian. Aku pasti ada sesuatu yang menganggunya.
Apa yang terjadi? Apa yang Yuta dah cakap pada dia sehingga wajah kacak Yuta kena tumbukan Taeyong?
Aku kembali memusingkan badan ke kanan menghadap sliding door balkoni. Kepala memikirkan juga tentang appa. Jaehyun kata dia kesesakan nafas tapi kenapa boleh jadi begitu?
Klak!
Aku terus menutup mata bila dengar suara pintu dibuka dan ditutup. Derapan kaki mendekati katil dan terasa tilam tenggelam di belakang aku. Kemudian, terasa deruan nafas di telinga aku.
"Rose" bisiknya di telinga aku.
Kemudian, pinggang aku dipeluknya erat. Wajahnya dibenamkan pada celahan leher aku.
"I'm sorry" ucapnya lagi.
"Saya minta maaf sebab naikkan suara tadi pada awak" sambungnya.
Aku memusingkan badan menghadapnya. Wajahnya aku pegang dengan kedua-dua tangan aku. Matanya kemerahan dan kelihatan wajah kesal pada mukanya.
"Awak ada masalah? Taknak share dengan saya ke?" soal aku.
Dia tersenyum nipis dan bibir aku dikucupnya sekilas.
"Saya okay je, sayang" jawabnya dan mengucup lagi bibir mungil aku.
"Awak ada masalah dengan Yuta ke?" soal aku lagi.
Dia hanya diam dan sekali lagi menghadiahkan senyuman nipis kepada aku.
"Saya taknak bebankan awak sekarang. Appa baru je tinggalkan awak, jadi saya taknak awak sakit kepala fikirkan hal saya" ujarnya lembut dan rambut aku dimainnya.
"Saya okay" jawab aku ringkas.
"You're not okay" balasnya.
Aku hanya diam dan tersenyum. Tak sampai sehari aku kehilangan appa. Betul juga cakap dia takkan aku nak bebankan kepala aku lagi kan.
"Awak marahkan saya?" soal aku.
"For what?" soal nya pula.
"Sebab saya marah awak pukul Yuta?"
YOU ARE READING
TY's
Fanfiction"She's TY's. You touch her, you die!" Cast: Lee Taeyong Kim Sera as You Start: 24/7/2021 End: 09/03/2022 Most Impresive Ranking #02 in Yuta #03 in Taeyong #08 in Mark Other Ranking #28 in Jeno #91 in NCT