Part 17

176 13 5
                                    

Seronoknya hari ini dapat duduk di rumah. Aku ada kelas petang jadi aku tidak perlu datang kerja seperti yang Taeyong katakan. Jadi, aku mengambil keputusan untuk keluar awal dari rumah untuk melepak dengan Jeno.

Dari jauh aku sudah melihat dia sedang duduk menghirup air coffee di depannya. Jaket hitam disarung pada tubuh, seluar jeans koyak di lutut. Rambutnya yang panjang dibiarkan ditiup angin. Hm, hensem. Tapi aku hanya berkawan dengan dia sahaja okay. Tak lebih. Lagipun dia muda dari aku 2 tahun. Dia dan gengnya 2000 manakala aku 1998.

Memang kami satu kelas satu sem tapi aku tetap lebih tua darinya. Aku seumur dengan teman sekerja aku iaitu Jungwoo. Walaupun kami berbeza umur dia tidak mahu ada jarak diantara kami jadi dia tidak biasakan dirinya memanggil aku noona.

"Jeno yah!"

Jeno terus mengangkat kepalanya memaandang aku yang menghampirinya dengan senyuman.

"Awalnya kau sampai kan" perlinya.

Aku berdecit sambil duduk di hadapannya.

"Aku cari teksilah"

"Kereta kau?"

Aku menggeleng.

"Aku malas nak bawa" mudah jawapan yang aku beri.

Tapi aku tak tipu. Memang aku malas nak bawa. Sejak si Taeyong itu jadikan Mark sebagai driver aku. Eyyy!

"Aku ingat malas nak masuk kelas petang ini" kata Jeno.

"Andwae! Mana boleh. Kau kena ikut aku ke universiti sekejap lagi. No excuse"

Jeno berdecit. Mukanya dimuramkan.

"Subjek teori diadakan pada petang hari. Gila ke apa? Mengantuk tahu tak" bebelnya.

"Tu lah. Aku pun memang malas tapi nak taknak aku kena pergi juga" balas aku.

Jeno hanya diam dan menolakkan minuman di hadapan aku. Bukan airnya tapi dia sudah memesannya terlebih awal untuk aku. Dia memang sudah tahu apa yang aku suka dan apa yang aku tak suka.

"Ha! Aku lupa nak tanya kau tentang kerja. Kau okay tak kerja di sana?"

Aku mengangguk.

"Okay sahaja"

"Boss kau masih menganggu kau ke?" tanyanya.

Aku ketawa kecil. Aku memberitahu segalanya pada Jeno. Daripada mula aku jumpa Taeyong sehinggalah semalam. Tak ada sedikit pun yang tinggal. Dia kaki gossip samalah macam geng dia yang lain.

"Taklah. Dia bukan ganggu aku pun cuma dia ganggu akal dan hati aku" aku memegang dada aku yang berdegup bila teringat akan si Taeyong itu.

Jeno tersenyum sumbing. Dia mendekatkan wajahnya dengan aku.

"Apa?"

"Kau sukakan dia eh?"

Aku terus menolak dahinya ke belakang. Wajah aku memerah dan aku tahu itu.

"Mana adalah. Kau merepek apa hah?" mahu sahaja aku debik lelaki ini.

Dia ketawa terkekek kekek. Seronok kenakan aku agaknya.

"Kau nak tipu aku pun agak-agaklah. Aku dah kenal kau, Sera. Kau sukakan dia kan?"

Aku diam. Aku sukakan dia ke? Tapi, memang sukar nak cakap yang aku tak sukakan dia.

"Kau rasa boleh ke aku sukakan dia?"

"Apa pula tak boleh. Tak salah pun kalau pekerja nak jatuh cinta dengan boss dia sendiri. Tapi kau janganlah berangan macam dalam drama pula. Kononnya boss itu pun sukakan kau pastu bercinta orang ketiga gaduh pastu baik. Ewwww. Geli I"

TY'sWhere stories live. Discover now