Aku berjalan keluar dari bilik janitor sambil memakai jam di tangan. Habit. Kalau takada jam terasa sangat tidak selesa. Ada ke habit seperti ini?
"Bye, Sera" aku melambaikan tangan pada Jungwoo yang turut melambaikan tangan pada aku.
Sebulan aku kerja aku berjaya jadikan diri aku sedikit peramah. Aku selesa berkawan dengan mereka semua terutama Jungwoo. Dia memang agak nakal dan itulah yang menyebabkan aku selesa dengannya. Mulutnya tidak henti bercakap. Kadang-kadang aku yang suruhnya berhenti sekejap sahaja. Dia dan Taeil sama sahaja. Dua-dua kelakar. Yoona dan Yuri hanya melayan mereka.
Aku berjalan dan melihat Mark sepertinya sedang menanti aku di depan. Aku mahu mengelak tapi apakan daya dia sudah melihat aku. Aku pura-pura senyum padanya apabila dia mendekati aku.
"Dah habis kerja?" tanyanya.
Aku mengangguk.
"Jom!"
"Bukan ke saya dah cakap jangan ambil dan hantar saya lagi?"
Dia senyum.
"Saya tahu. But, saya tak boleh lawan kata-kata Tuan Lee, little girl"
Aku mengeluh sedikit.
"Awak jangan risau selepas ini saya takkan hantar dan ambil awak dah"
Mata aku membulat bila dia berkata begitu.
"Seriuslah? Tuan Lee okay je kan?" tanya aku, teruja.
"Ye. Dia okay sebab ... " Mark memandang ke hadapan.
Aku turut memandang ke arah tempat yang dipandangnya. Aku melihat Taeyong berpeluk tubuh sambil menyandarkan badannya pada kereta Lamborghininya. Dia menyinsing lengan kemejanya ke sikunya.
"Tuan Lee yang akan ambil dan hantar awak"
Aku terus memandangnya terkejut.
"Everyday" sambungnya lagi.
"Saya taknak!"
Gila ke apa? Kalau dia yang ambil dan hantar aku hari-hari keadaan akan jadi lebih teruk. Kenapa dia tidak pernah melepaskan aku? Aku dah janji yang aku takkan lari dari dia kan. Apa yang dia tak faham!!!
"You have no choice, Sera Kim" Mark membawa aku ke arah Taeyong yang sudahpun perasan akan kami berdua.
Dia memasukkan tangan ke dalam poket seluarnya sambil badan masih menyandar pada keretanya.
"You can go, Mark" Taeyong mencampak kunci kereta kepada Mark dan Mark dengan tangkas menyambutnya.
Aku hanya menundukkan wajah aku taknak bertentangan mata dengannya.
"Saya minta diri dulu, Tuan Lee" dia menundukkan badannya sedikit.
"Sera, saya pergi dulu. Bye"
Aku mengangkat wajah memandangnya dengan harapan dia takkan tinggalkan aku untuk balik berdua duaan dengan lelaki ini. Tapi malangnya Mark telahpun meninggalkan kami berdua. Setelah dia hilang dari pandangan, aku menoleh memandang Taeyong.
Dia memandang aku dengan mata helangnya. Aku jadi kalut dengan pandangannya. Dia tegakkan badannya dari bersandar dan membukakan pintu kereta untuk aku.
"Masuk"
Entah kenapa kaki aku masih statik dan seperti melekat di tempat aku berdiri sekarang.
"Sera. Masuk sebelum aku dukung kau"
Aku terkejut. Beg sandang aku gunakan untuk menutup muka. Manalah tahu ada orang nampak dia bukakan pintu untuk aku. Gentlemen? Ya. Aku berjalan laju masuk ke dalam kereta. Dia menutup pintu kereta sebelah aku dan aku lihat dia berjalan dan memasuki ke tempat pemandu.
YOU ARE READING
TY's
Fanfiction"She's TY's. You touch her, you die!" Cast: Lee Taeyong Kim Sera as You Start: 24/7/2021 End: 09/03/2022 Most Impresive Ranking #02 in Yuta #03 in Taeyong #08 in Mark Other Ranking #28 in Jeno #91 in NCT