Wajahnya aku pegang. Dia malah hanya tersenyum. Air mata tanpa dipinta terus menitis.
Bam!
Matanya membulat menahan sakit apabila sekali lagi badannya ditembak dari belakang.
"Lepaslahhh!!!" jerit Yuta yang sudahpun ditangkap oleh Jaemin dan Mark.
Aku malah tidak langsung menghiraukan mereka. Mata aku tajam memandang lelaki di hadapan aku yang menyelamatkan aku ini.
"S-sera" serunya.
Aku memeluk tubuhnya. Tidak. Tidak. Bukan ini yang aku mahu. Tangan meraba-raba belakang badannya dan melihat penuh darah pada tapak tangan aku.
"Tak. Tak" aku kembali memandang wajahnya.
"T-taeyong. No no. Buka mata awak" tegur aku apabila matanya mahu terpejam.
"Jangan. Bangun Taeyong. Jangan buat saya macam ini" rayu aku kepadanya.
Jeno mendekati kami dan tubuh Taeyong yang meng hembap aku diangkatnya perlahan. Tubuhnya yang lemah dibaringkan di tepi aku. Dengan cepat aku bangun dari baring dan merangkak ke arahnya.
"Awak" kepalanya aku angkat dan letakkan di atas paha aku.
Air mata makin deras menitis. Takut. Takut dia akan pergi tinggalkan aku.
"S-sera. S-saya sayangkan awak" ujarnya dengan susah payah.
"Ya. Saya pun sayangkan awak. Jadi, tolong kuatkan diri awak! Saya akan telefon ambulans sekarang" jelas aku.
Aku memandang ke arah Mark dan yang lain.
"Please. Call ambulans sekarang. Taeyong perlu ke hospital" kata aku.
Mereka hanya mengangguk.
"Hurry up!!!" jerit aku dan kembali menumpukan perhatian kepada Taeyong.
"Awak. Sabar sekejap ye. Kejap lagi ambulans akan sampai. Please jangan tidur lagi" aku memegang pipinya.
Dia hanya mengangguk. Aku sendiri tak tahu nak buat apa. Hanya menangis sahajalah yang aku tahu. Wajahnya yang menahan sakit betul-betul menyiksa jiwa aku.
"S-sera. Please, don't cry" tangannya perlahan-lahan naik dan menyentuh pipi aku. Air mata aku yang mengalir dielusnya perlahan.
"Macam mana saya tak menangis kalau tengok keadaan awak macam ini?" jawab aku.
Dia tersenyum pahit dan tangannya merayap disekitar wajah aku.
"Saya okay" balasnya.
"Kalau saya mati pun sekurang-kurangnya saya dah selamatkan cinta hati saya" sambungnya.
Makin deras aku menangis bila dia sanggup mati kerana aku. Aku menggeleng laju. Tak mahu menerima hakikat ini.
"Jangan risau, rose. Saya takkan tinggalkan awak. I'll never leave you. I'll be here" dia memegang dada aku yang makin sesak.
"Saya akan selalu ada di sini kan?"
Aku mengangguk laju.
YOU ARE READING
TY's
Fanfiction"She's TY's. You touch her, you die!" Cast: Lee Taeyong Kim Sera as You Start: 24/7/2021 End: 09/03/2022 Most Impresive Ranking #02 in Yuta #03 in Taeyong #08 in Mark Other Ranking #28 in Jeno #91 in NCT