Part 42

233 9 1
                                    

"Rose!"

Aku terus memusingkan kepala ke pintu dapur. Muka risaunya singgah di wajah dan dengan laju dia melangkah mendekati aku. Belakang badan aku dipegangnya.

"What wrong? Are you okay, darling?" soalnya.

"Saya okay. Pinggang saya sakit je. Pergilah dekat depan layan tetamu. Sekejap lagi saya datang" ujar aku dan menolak perlahan dirinya.

"No! Takkan saya nak tinggalkan awak dekat sini? Taeil hyung beritahu yang awak macam tak sihat. Kita naik atas ye. Berehat?"

Ey. Mulut memang tak makan saman sungguh kawan-kawan aku ini. Semua benda nak mengadu dekat Taeyong ini.

"Kita naik eh?"

"Tak maulah. Awak pergi je. Saya okay. Saya duduk sini sekejap lepastu saya pergi depan. Betul! Tak tipu" aku cuba menyakinkannya yang aku okay.

Tapi kau rasa dia nak percaya ke. Dia memanggil Jeno. Jeno yang sedang sibuk makan datang mendekati kami.

"Kenapa hyung?" soalnya.

"Kau tolong uruskan jamuan ini eh. Layanlah tetamu-tetamu yang lain. Aku nak kena bawa Sera naik atas. Dia macam tak sihat"

Serta merta mata Jeno menghala ke arah aku.

"Pucat sungguh muka kau Sera. Hyung pergilah bawa dia naik atas. Biar aku uruskan semuanya. Lagipun bukan ada sesiapa pun. Kawan-kawan kita juga semuanya" ujarnya.

"Thank you, Jeno" bahu Jeno ditepuknya.

"Jom kita naik" Taeyong memegang tangan aku erat.

Aku pun hanya mengekornya. Perlahan-lahan aku berjalan untuk keluar dari dapur. Dah macam kura-kura lah pula. Kemudian, aku terhenti berjalan dan pinggang aku dipegang lagi.

"Haih. Tak boleh jadi macam ini"

"Ah!" aku terjerit kecil apabila badan aku dicempungnya.

Lehernya terus aku peluk erat. Malunya. Semua tetamu memandang ke arah kami akibat jeritan kecil aku tadi.

"Awak. Turunkanlah saya. Saya berat" balas aku.

"It okay. Saya bawa awak naik" kakinya pun laju sahaja berjalan.

Aku hanya bersandar pada dadanya. Langkah dia laju mendaki tangga sehinggalah tiba di dalam bilik. Perlahan-lahan dia meletakkan aku di atas katil. Dia terus duduk di sebelah aku. Tangan aku terus memegang pinggang aku. Lenguhnya.

"Saya urut eh"

Boleh sempat aku menolak dia terus duduk di belakang aku. Pinggang aku ditekan-tekan olehnya.

"Takpelah. Saya okay"

"Haip!" dia menegur aku.

Aku hanya tersenyum riang. Walaupun tak berapa pandai mengurut tetapi bila dia tekan tekan hilang jugalah rasa lenguh itu. Lama juga dia menekan-nekan belakang aku. Tangannya naik mengurut bahu aku pula.

"Awak"

"Yes, sayang"

"Tak ada apa. Saja je panggil" balas aku.

TY'sWhere stories live. Discover now