Aku hanya mengenggam tangan geram. Kenapalah dia tak cakap yang dia nak bawa aku makan? Di restaurant pula tu! Tak nampak ke aku pakai apa sekarang? Hanya seluar jeans dan kemeja oversized putih sahaja. Tengok orang lain pakai dress cantik je. Malu pula rasa. Macam kerdil sangat. Aku menjelingnya yang sedang sibuk melihat telefonnya dari tadi. Kalau ajak berborak takpelah jugak. Bateri fon aku dahlah tinggal 3 percent je. Eyy!!
"Kau marahkan aku ke?"
Aku mendongak memandangnya yang sedang menyimpan telefonnya di dalam poket. Muka aku cuba ceriakan padahal dalam hati dah sumpah seranah lelaki ini.
"Takdalah. Buat apa nak marahkan" aku senyum hambar.
Dia angkat keningnya. Tangannya di letakkan di atas meja dan melihat aku. Dia macam meneliti setiap inci wajah aku.
"Apa?"
Dia menggeleng.
"Tak ada apa-apa" jawabnya tapi mata masih memandang aku.
Shit! Dia memang menggodakan. Dia memang penggoda ke sebelum ini? Dia bukan CEO Hotel Delyssia kan?
"Kau nampak cantik pakai apa pun. Jadi tak payah fikirkan apa yang orang fikirkan pasal kau. Mereka je yang over. Makan je pun takkan nak pakai dress mewah bagai"
Aku diam. Cuba memahami ayatnya tadi. Aku tahu dah dia kerja apa sebelum ini. Confirm ahli nujum. Aku yakin sangat. Tapi, dia cakap aku cantik. Hihihihi.
"Aku bukan nak ambil hati kau. Tapi betul kau memang cantik pakai apa pun"
Muka aku membahang. Aku tahu mesti pipi aku tengah memerah sekarang kan sebab dia berikan senyuman yang amat nakal disiti.
"Apa-apa jelah" aku terus memalingkan kepala aku ke tempat lain.
Mata aku menangkap seorang budak perempuan yang sepertinya sedang bergaduh dengan kekasihnya. Mungkin. Mata aku beralih pada lelaki di depannya. Lelaki itu sepertinya sedang menerangkan apa yang terjadi. Mungkin.
Bila lihat balik semua makan disini dengan pasangan masing-masing. Aku sahaja yang makan dengan boss sendiri. Garang pula tu. Tegas lagi. Eyy. Aku memandang semula ke arah Taeyong. Dia kembali bermain dengan telefonnya. Jerk! Tak reti nak berborak ke? Aku dahlah tak reti nak berbual!
Mata aku menangkap satu cincin di tangannya. Entah kenapa hati aku sedikit kecewa. Maknanya dia sudah berpunya kan? Hmm. Melepaslah aku. Tanpa aku sedar, Taeyong sedang memerhatikan aku. Dia melihat aku dan melihat ke arah yang aku lihat. Dia tahu ke aku tengok apa sekarang?
"Kau tengok apa?"
Aku tersentak! Aku terus mengalihkan mata aku memandangnya.
"Aku tahu aku hensem. Tapi tak payah tunjuk sangat yang kau tergoda dengan aku"
Ey! Aku rasa nak sepak je dia sekarang.
"Tuan Lee jangan perasan boleh tak? Saya bukan pandang Tuan Lee"
Dia mengangkat keningnya sekali lagi mungkin minta penjelasan.
"Saya pandang ... pandang" tak tahu jawapan aku nak bagi jadi beginilah.
"Pandang apa? Pandang aku kan? Jujur jelah" dia ketawa sinis.
Sinis sahaja. Nampaknya kali ini memang aku kena tegur dia.
"Tuan Lee tak reti senyum eh?" tanya aku, berani.
Senyuman sinis dia tadi mati.
"Kenapa kau cakap macam tu?" tanya dia kembali.
"Yelah. Tuan Lee senyum tapi macam bukan senyum. Ia nya lebih kepada memerli dan " aku memandangnya.
Aku tak terlalu kurang ajar kan?
YOU ARE READING
TY's
Fanfiction"She's TY's. You touch her, you die!" Cast: Lee Taeyong Kim Sera as You Start: 24/7/2021 End: 09/03/2022 Most Impresive Ranking #02 in Yuta #03 in Taeyong #08 in Mark Other Ranking #28 in Jeno #91 in NCT