"Apa maksud awak?"
Dia bersandar dan memandang aku.
"Kerja dengan aku"
Aku hanya memandangnya tanpa jawapan.
"Aku tahu kau belajar sekarang"
"Macam mana awak tahu?"
Dia senyum senget. Aku terpaku. Dia kenal aku? Sekejap! Aku pening. Sakit kepala aku dengan lelaki ini. Kenapa dia suka senyum macam tu? Aku tak faham betullah! Tadi dia cakap dia tak kenal aku kan?
"Kau boleh kerja dengan aku"
"Kerja apa?"
"Disebabkan kau tiada sebarang sijil kelayakan kau boleh bekerja separuh masa sebagai housekeeper aku"
"Housekeeper awak?"
Dia mengangguk. Aku berfikir seketika. Patutkah aku bekerja dengannya? Macam mana kalau dia apa-apakan aku?
"Why? Kau taknak? Bukan kau cakap kau nak beli cafe itu dari aku?"
Aku mengangguk.
"So, kerja dengan aku"
"Tapi saya kan masih belajar"
"Yeah, I know! Kau boleh datang bekerja di hotel aku bila kau takda kelas"
Aku diam. Nampaknya masa rehat aku akan tipis dan aku akan jumpa lelaki selalu?
"Deal?" dia menghulurkan tangannya pada aku.
Aku hanya memandangnya tanpa ada satu niat pun nak menyambut tangannya itu.
"Awak janji dengan apa yang awak cakap?" tanya aku.
Dia mengangguk laju.
"Aku akan berikan cafe itu semula pada kau kalau kau berjaya lunaskan bayaran itu pada aku atau aku rasa aku nak bagi pada kau. So, you must work hard for me"
Ye! Sera kau kena berusaha sikit untuk appa. Kau kena berkorban masa kau untuk appa.
"Baiklah. Saya setuju" aku terus menyambut tangannya.
Okay. Tangan dia lembut sangat. Jarinya juga panjang. Tangannya panas. Tangan aku yang sejuk rasa selesa bila bersentuhan dengannya.
Aduh! Mula dah jantung aku buat hal. Apasal laju sangat kau berdegup hari ini! Aku cuba menarik tangan aku darinya tapi dia seperti tidak mahu lepas. Matanya memandang tajam ke arah aku.
"Kau pun kena janji dengan aku"
Aku mengangkat kening.
"Janji apa?"
"Jangan sesekali kau lari dari aku!"
Dia ugut aku ke?
"Aku akan cari kau sampai dapat kalau aku dapat tahu kau lari dari aku, Kim Sera!"
Dia menyeramkan. Tengoklah mukanya sekarang. Aku takut!
"Saya janji" jawab aku.
Dia pun melepaskan tangan aku. Dia bersandar semula badannya pada sofa sambil memandang aku.
"Aku akan bayar kau seperti pekerja lain. Dan kau boleh tetapkan sendiri berapa banyak kau nak bayar pada aku sebulan"
"Tak! Awak tak perlu bayar saya"
Dahi dia berkerut.
"Kau pekerja aku. Kenapa aku tak boleh bayar kau?"
"Awak ambil sahajalah semua. Anggap sahaja saya bayar hutang dengan gaji itu pada awak"
"No!"
YOU ARE READING
TY's
Fanfiction"She's TY's. You touch her, you die!" Cast: Lee Taeyong Kim Sera as You Start: 24/7/2021 End: 09/03/2022 Most Impresive Ranking #02 in Yuta #03 in Taeyong #08 in Mark Other Ranking #28 in Jeno #91 in NCT