Part 24

197 14 2
                                    

"Sera, aku tetap tak setuju dengan kau!"

"Kenapa? Aku jumpa dia dan bukan aku akan percaya 100% yang keluar dari mulut dia. Aku nak kepastian. Kalau kau ditempat aku, mana kau akan percaya? Bos kau yang berpura-pura tak kenal ataupun lelaki yang muncul secara tiba-tiba dan cakap kau kekasihnya?"

Jeno sepertinya memikir dalam-dalamnya.

"Tak tahu kan? Aku sendiri pun tak tahu. Sebab itulah aku kena jumpa dia dan dengar apa pula yang keluar dari mulutnya. Kalau dua dua cakap benda yang sama aku percayakan Taeyong tapi kalau Yuta bercakap benda yang sebaliknya, siapa yang aku kena percaya?"

Jeno meneguk air tin colanya dan mata kembali memandang aku. Mata aku terkerdip kerdip meminta tolong daripadanya.

"Apa kata kau minta tolong daripada Tuan Lee kau tu je. Tak payahlah nak minta tolong si Yuta itu"

"Ey, kau ini. Asal kau asyik backup Tuan Lee je eh?"

Dia hanya diam dan mata melilar memandang sekeliling mengelak bertentangan mata dengan aku.

"Jaemin!" tiba-tiba sahaja aku dengar sergahan darinya.

Jaemin dan yang lain menoleh memandang kami. Jeno pun mengemas barang ingin pergi meninggalkan aku.

"Aku pergi dulu. Kau ingat eh, jangan sesekali kau telefon peguam tu"

Aku hanya mengangguk dan melihat Jeno pergi meninggalkan aku sendirian. Aku sempat melambaikan tangan kepada mereka semua sebelum mereka pergi membonceng motor masing-masing.

"Kenapa dia asyik backup si Taeyong tu? Padahal jumpa pun bukan pernah pun"

Mata aku masih memerhatikan mereka walaupun bayang mereka sudahpun hilang. Kemudian, sebuah kereta mewah berhenti betul-betul di hadapan aku membuatkan pandangan aku ke arahnya. Pintu belah pemandu dibuka dan mata aku terbuntang melihat Taeyong keluar dari kereta itu. Dia berjalan mendekati aku. Aku perasan banyak mata sedang memerhatikan kami berdua. Bukan aku tapi lelaki ini. Dia buat apa pula di sini?

"Awak? Awak buat apa di sini?"

Dia tidak menjawab malah pintu sebelah penumpang dibukanya seperti menyuruh aku untuk masuk.

"Bukan ke awak cakap kalau saya ada kelas petang saya tak perlu datang kerja?"

"Masuk sekarang Sera"

Aku merengus kasar. Sejak aku tahu yang kami sebenarnya kenal satu sama lain, aku sudah berani pula membantah arahannya. Dia pula seperti terkejut melihat aku ingkar arahannnya.

"Kenapa saya kena ikut awak?" soal aku lagi.

Dia memutarkan bebola matanya geram dengan aku. Tiba-tiba dia berjalan mendekati aku dan aku tetap kaku di situ.

"Jangan paksa aku gunakan kekerasan please"ujarnya.

"Saya cuma tanya je. Kenapa awak tak boleh jawap pula" balas aku.

Dia pula merengus kasar dengan kedegilan aku. Rambutnya yang menutup dahi ditolak ke atas geram. Dia merenung aku dan senyum sinis.

"Please forgive me"

"Ha?"

Tidak semena-mena aku terasa kaki sudah tidak jejak di atas tanah. Dia mencempung tubuh aku di depan semua pelajar di situ.

"Awak! Apa ini? Lepaskan saya!" aku menampar-nampar dadanya tetapi tidak pula dia beriak sakit. Tamparan aku tidak sakit langsung ke??

"Kau nak aku buat lagi teruk dari ini ke apa?"

"Semua pelajar tengah pandang kita sekarang. Lebih baik awak lepaskan saya!" marah aku.

Dia hanya ketawa dan tiba-tiba dia mendekatkan wajahnya dengan aku seolah-olah ingin mencium aku.

TY'sWhere stories live. Discover now