Part 39

142 8 1
                                    

Entah dari mana kekuatan yang aku dapat, aku menggigit bahu lelaki yang bernama Johnny itu.

"Ahhhh!" dengan pantas dia melepaskan aku dan aku terjatuh hempap lantai.

Dengan keadaan terbaring aku cuba untuk melarikan diri tapi dia dengan pantas menarik kaki aku dari belakang.

"Hei, bodoh! Kau nak pergi mana hah!!" serkahnya.

Aku dengan tangkas menendang tangannya yang memegang erat kaki aku. Apabila terlepas aku berlari dari situ. Nasib aku baik apabila aku terserempak dengan Jeno.

"Sera! Are you okay?" soalnya dan bahu aku dipegangnya erat.

Aku menggelengkan kepala dan matanya memandang leher aku yang berdarah. Dia terus mengoyak lengan baju panjangnya itu dan membalut luka di leher aku.

"Kau pegang kemas-kemas. Darah di leher kau tak berhenti" arahnya.

Aku mengangguk dan memegang lengan bajunya di leher aku.

"Jeno! Taeyong macam mana?"

Dia tersenyum pahit.

"Kau jangan risau. Mark dan Jaemin ada dengan dia. Aku kena bawa kau keluar dari sini. Jom!" tangan aku dipegang erat dan menarik aku untuk pergi.

Tetapi kaki kami terhenti apabila Johnny kembali muncul dengan keadaan tercungap-cungap.

"Woi! Kau nak kemana hah? Kau ingat kau boleh lari dari aku ke?" soal Johnny dengan sinis.

Jeno menarik aku ke belakangnya. Dia ke hadapan satu langkah untuk berdepan dengan Johnny.

"Kau nak lawan aku ke budak?" soal Johnny, ketawa sinis.

"Kita berlawan cara adil. Kau jangan sentuh dia selagi salah seorang tak tumpas" katanya.

"Hahahhahahaha. Jap. Kau adik tiri Taeyong kan? Maknanya perempuan tu kakak ipar kaulah kan?"

Jeno dan aku hanya diam lagi-lagi bila dia makin galak ketawa. Entah apa yang kelakar aku sendiri tak tahu.

"Jadi maknanya kau jatuh cinta dengan kakak ipar kau sendiri lah?"

Tersentak aku mendengar kata-kata Johnny itu.

"Itu takda kena mengena dengan kau. Jangan masuk campur" amarannya.

"Maknanya kakak ipar kau tak tahu lah yang kau jatuh cinta dengan dia? Sera? Kau tahu tak?" dia memandang aku pula.

Aku hanya kaku, diam sahaja.

"Jangan ganggu dia!" Jeno dengan pantas membelakangi pandangan aku.

"Abang kau tahu tak kau sukakan isteri dia? Kalau dia tahu, agak-agak apa jadi kat kau eh?"

"Aku dah cakap jangan masuk campur kan!" marah Jeno.

"Marah? Lah, nak marah apasal? Perempuan itu patut tahu yang kau sukakan dia. Tak ke sama macam kes Yuta. Jatuh cinta dengan orang yang sama tapi dia pilih kawan baik dia sendiri . Kau pula jatuh cinta dengan dia tapi malangnya dia pilih abang kau. Hmm, kesian"

TY'sWhere stories live. Discover now