"Hi, saya Jungwoo"
Aku hanya tersenyum.
"Nama awak?"
"Sera" ringkas.
"Cantik nama. Secantik tuannya" balasnya dengan senyuman.
"Hihihihi" aku memalingkan badan aku daripada memandangnya.
Lelaki ini gatal ke?
"Jungwoo! Jangan usik dia" tegur seseorang.
Aku berpaling dan ada seorang lagi lelaki. Housekeeper lelaki? Jarang aku jumpa.
"Maafkan saya Sera. Dia ini memang nakal sikit" lelaki itu menepuk punggung Jungwoo.
"Au! Hyung sakitlah"
Aku hanya ketawa kecil.
"Saya Taeil"
"Sera"
"Nice to meet you Sera"
Aku mengangguk.
"Awak tahu kan awak akan bertugas dengan saya dan Yoona sekejap lagi?" tanyanya.
"Tahu. Miss Taeyeon dah berikan jadual tugasan pada saya"
"Aku hyung? Aku nak ikut korang jugakk!!"
Aku hanya ketawa kecil. Mengada betul si rambut helmet ini.
"Kau kan dengan Yuri sekejap lagi. Just follow jadual tulah" balas Taeil.
Aku melihat bibir Jungwoo dimuncungkan. Merajuk ke apa budak ini? Tapi dia panggil Taeil hyung? Maknanya Taeil lagi tua dari dia?
"Kaja. Kita kena ke penthouse Tuan Lee" kata Taeil.
Aku hanya mengangguk dan mengekornya dari belakang. Kami pun menolak troli housekeeper menuju ke pintu lif.
"Yoona, maknanya lepas ini takdalah kita akan ke penthouse Tuan Lee lagi kan?" tanya Taeil.
"Yelah. Tuan Lee dah lantik personal housekeeper dia. Senanglah sikit kerja kita"
Aku hanya tersenyum hambar. Diorang maksudkan aku kan. Pintu lif dibuka dan butang lif bernombor 75 ditekan.
"Sera, awak okay kan?" aku tersentak dengan pertanyaan itu.
"Saya okay" jawab aku.
"Mesti awak gementar kan bila jumpa Tuan Lee. Lagi-lagi bila dia arahkan awak bersihkan penthouse dia"
Aku mengangguk. Gila tak nervous.
"Setahu saya, sebelum ini tak adalah pula dia nak lantik personal housekeeper untuk dia. Kami sendiri yang akan naik ke penthouse dia bila disuruh sahaja. Tapi tu pun hanya beberapa kali je. Nampaknya awak akan kemas penthouse dia hari-harilah"
"Saya pun sekali je pernah ke penthouse dia" sampuk Yoona.
Taeil mengangguk.
"Tapi awak jangan risau. Dia tak selalu tidur di penthouse dia jadi tak susah sangat kerja awak" sambung Yoona.
Aku hanya mengangguk. Aku tak reti langsung nak beramah mesra dengan orang. Aku pun tak tahu kenapa. Tapi bila dengan Mark aku bukan main lagi banyak benda nak cerita.
Ting!
"Jom!" Taeil menolak troli keluar dan kami hanya mengekor sahaja.
Kawasan ini memang nampak hanya untuk Taeyong sahaja. Tempat ini terlalu privasi. Kami berjalan menuju ke hujung lantai. Aku berhenti berjalan apabila nampak pintu besar yang tulis TY. Ini kah rumah Taeyong? Aku perasan ada seseorang menunggu di depan pintu penthouse. Mark!
YOU ARE READING
TY's
Fanfiction"She's TY's. You touch her, you die!" Cast: Lee Taeyong Kim Sera as You Start: 24/7/2021 End: 09/03/2022 Most Impresive Ranking #02 in Yuta #03 in Taeyong #08 in Mark Other Ranking #28 in Jeno #91 in NCT