Part 8

196 17 0
                                    

Tangan aku sibuk menyalin apa yang dikatakan Saem Kim di depan. Entah apa yang aku salin pun aku tak tahulah. Tulisan dah macam cakar ayam dah. Doktor pun tak faham agaknya apa yang aku tulis. Biasalah kalau subjek teori memang beginilah. Tengoklah tu, ada yang main telefon, buat kerja lain, dating pun ada dan paling teruk tapi kebiasaan ialah tidur.

"Baiklah. Sampai di sini sahaja kelas kita pada pagi ini"

Semua pelajar menarik nafas lega.

"See you guys next week. Class dismiss"

Saem Kim pun berjalan keluar dari dewan. Aku mengemas barang aku masuk ke dalam beg. Aku lihat pintu keluar begitu ramai orang berpusu pusu keluar. Dah macam sardin. Aku hanya melihat dan menunggu sehingga kawasan itu sedikit lengang.

"Sera!" Jeno mendekati aku.

Jika di dalam dewan, Jeno akan duduk bersama kawannya yang lain. Aku boleh cakap gengnya semua hensem-hensem belaka. Jeno, Jaemin, Haechan, Renjun, Shotaro dan juga YangYang. Mereka memang popular sangat di universiti ini. Jadi aku kira beruntung sebab Jeno mahu berkawan dengan aku.

"Kau pergi mana lepas ini?" tanyanya.

"Kerja"

Jeno kelihatan terkejut.

"Kerja? Sejak bila kau kerja ini?"

"Aku takda masa nak bercerita sekarang" aku berdiri.

"Jadi kau busy lah?"

Aku mengangguk.

"Geng aku baru nak ajak kau lepak sekali. Nampaknya lain kalilah"

"Yeke? Aku minta maaflah sebab aku memang tak dapat join. Nanti kalau ada masa aku beritahu kau, kita lepak sekali" aku berjalan turun dari atas kebawah bersama Jeno.

Gengnya yang lain mengekor kami dari belakang. Dah macam bodyguard aku lah pula.

"Kau bawa kereta ke?" tanya Jeno.

Aku menggeleng.

"Tak. Harini aku rasa malas nak driving. So, aku guna public transports" jawab aku.

"Kau kerja dekat mana?" tanya Jeno.

"Sera awak kerja?" tanya Renjun secara tiba-tiba.

Aku mengangguk.

"Serious lah? Kenapa tiba-tiba?" tanya Shotaro.

"Yah yah yah! Asal kau tanya macam tu. Biarlah kalau dia nak kerja pun. Sekali sekala kalau berdikari. Kan, Sera?" sampuk Haechan.

Aku ketawa kecil. Kami berkumpul di luar dewan.

"Saya pergi dululah. Lain kali sahajalah kita lepak" kata aku.

Jeno mengangguk.

"Hati-hati, Sera. Kalau ada apa-apa awak boleh call kami. Awak ada nombor saya kan?" tanya Jaemin.

Aku mengangguk. Takkanlah takda pula kan.

"Pape roger kami" balas YangYang.

"Ye!" aku jawab.

Pon! Pon!

Kami tersentak. Kepala masing-masing dihalakan kedepan. Ada sebuah kereta mewah sepertinya sedang menanti seseorang.

"Siapa tu weh?"

"Gempak bodoh Audi R8 dia. Serius gempak" balas Jaemin.

Aku terkejut bila seseorang yang aku kenal mendekati kami.

"Hi, little girl. We meet again"

Aku tersenyum kegembiraan. Teruja melihat wajah comel seseorang itu.

TY'sWhere stories live. Discover now