Tiga tahun kemudian...
Ingatan aku masih sama. Tiada benda yang aku ingat. Banyak kali juga aku cuba untuk mengingatkan kejadian kemalangan aku tetapi tidak juga berjaya. Appa juga banyak membantu tetapi tetap sama. Apa yang aku tahu, aku merupakan pelajar di University of London. Bagaimana aku boleh belajar di sana? Aku sendiri tidak tahu dan tidak ingat.
"Appa!"
Pintu bilik kerja appa aku diketuk. Tiada sahutan. Aku mengambil keputusan untuk terjah sahaja. Pintu bilik dibuka.
"Appa?"
Appa aku menoleh. Aku perasan appa aku tidak keseorangan. Ada seorang lelaki berbadan kurus tegak membelakangi aku. Lelaki itu berpaling sedikit untuk melihat aku dibelakangnya. Appa aku pun bangun dari duduknya dan mendekati aku yang masih tercegat di pintu bilik kerjanya.
"Kenapa Sera?"
"Sera ganggu appa ke?" tanya aku.
Dia menggelengkan kepalanya.
"Kenapa cari appa?"
Aku tersenyum.
"Sera nak keluar sekejap. Nak pergi cafe omma" jawab aku.
Dia tersenyum lalu mengangguk.
"Pergilah. Jangan pulang lewat sangat" pesannya pada aku.
Aku hanya mengangguk. Kepala aku sedikit terangkat untuk melihat lelaki yang masih membelakangi aku itu.
"Siapa tu?" bisik aku.
Appa menoleh sedikit memandang lelaki itu dan kembali memandang aku.
"Itu anak appa"
Aku mencebik.
"Sejak bila pula appa ada anak lain selain Sera" aku cemburu.
Dia ketawa kecil.
"Itu bakal menantu appa kan"
Aku terkejut. Maknanya lelaki itu adalah lelaki yang selalu diceritakan oleh appa. Anak yang baik, sopan santun dan semestinya boleh jaga anak appa. Oh no!
"Kamu mahu berjumpa dengannya?"
Aku cepat-cepat menggelengkan kepala.
"Taknaklah"
"Sera pergi dululah"
Dia mengangguk. Aku menyalamnya dan terus beredar.
***
Aku masuk ke dalam cafe peninggalan omma. Aku lihat semua pekerjanya sibuk membuat kerja masing-masing dan tidak sedar akan kehadiran aku. Aku melihat suasana cafe. Tidak terlalu ramai orang. Biasalah hari ini hari biasa. Pasti semua orang bekerja. Aku cuti kerana kelas aku dibatalkan last minute.
"Cik Sera" aku menoleh.
Aku mendekati beberapa pekerja yang sedang memandang aku.
"Ahnyeong, Cik Sera" tegur seorang lelaki bernama Doyoung.
Aku tersenyum lalu mengangkat tangan.
"So, Cik Sera nak minum apa harini?" tanyanya.
"Hm, macam biasa" jawab aku.
Dia mengangguk. Aku duduk di hadapannya. Sibuk memerhatikannya buat kerja.
"Awal Cik Sera datang harini. Tak ada kelas ke?" tanya seorang lagi pekerja bernama Ten.
"Nae. Harini kelas saya cancel. Tak ada apa nak buat dekat rumah, jadi lebih baik saya datang sini kan"
Dia mengangguk. Kemudian, Doyoung menghampiri kami dan meletakkan pesanan aku di depan aku.
YOU ARE READING
TY's
Fanfiction"She's TY's. You touch her, you die!" Cast: Lee Taeyong Kim Sera as You Start: 24/7/2021 End: 09/03/2022 Most Impresive Ranking #02 in Yuta #03 in Taeyong #08 in Mark Other Ranking #28 in Jeno #91 in NCT