Dengan kaki yang berat aku melangkah masuk ke hotel besar itu. Tebalkan muka sahajalah kalau jumpa dengan dia. Dia sendiri yang cakap yang dia berikan cuti dan taknak aku berhenti kerja. Kalau dulu mungkin aku akan bertanya kenapa dan kini aku tahu kenapa dia taknak berjauh dengan aku.
"Sera!"
Aku tersentak apabila mendengar dua suara itu menjerit memanggil aku. Tersenyum wajah aku memandang mereka yang kini berjalan mendekati aku.
"Sera. Kau pergi mana hah?" soal Jungwoo dan badan aku dipeluknya erat.
Hampir lemas aku dibuatnya. Badannya aku tolak perlahan.
"Apa kau ini? Sera kan baru sihat" punggung Jungwoo ditampar kuat oleh Taeil.
"Sakit, hyung" dia pun terus melepaskan aku dan menggosok punggungnya itu.
"Awak okay dah ke Sera? Tuan Lee cakap awak tak sihat, tu yang dia berikan awak cuti"
Aku terdiam. Oh, dia kata begitu kepada rakan kerja aku rupanya. Dalam diam aku tersenyum tapi dengan segera senyuman dimatikan.
"Haah. Saya tak berapa sihat sikit. Tapi sekarang dah okay" jawab aku.
"Baguslah. Banyak kerja kau kena buat. Penthouse Tuan Lee tu aku rasa dah jadi apa dah. Bersepah gila. Dia taknak orang lain bersihkan penthouse dia selain kau. Sakit telinga aku dengar" bebel Jungwoo.
Diam sahaja aku bila mendengar nama Tuan Lee disebut. Entahlah ada dua perasaan di dalam hati. Satu aku marah kerana dia tipu aku bulat-bulat. Dan kedua perasaan suka aku bila tahu dia merupakan suami aku.
"Tuan Lee sampailah"
Aku mendongak kepala aku dan memandang ke arah kereta mewah yang terparkir elok di depan hotel. Pintu kereta belakang dibuka dan keluarlah Taeyong sambil membetulkan kot hitamnya. Mark yang setia ditepinya hanya mengekor. Tidak pula dia menoleh ke arah kami bertiga.
"Makin hensem pula si Taeyong ini. Apa rahsia dia eh?" bisik Jungwoo.
"Orang bahagia memanglah" balas Taeil.
Aku yang berada di tengah-tengah hanya memerhatikan dan telinga mendengar. Orang bahagia?
"Bahagia? Mesti sebab kejadian haritu kan?"
Aku terus memandang mereka berdua yang seolah-olah bergosip tanpa aku.
"Kau tahu Sera, semalam ada seorang gadis cun ikut Tuan Lee naik penthouse. Cantik weh. Seksi"
"Dengan itu semua pekerja sudah sahkan yang boss kita bukan gay" sambung Jungwoo.
Terasa sakit pula hati aku mendengarnya. Betul ke apa yang mereka cakap ini? Mata aku kembali memandang ke arah Taeyong yang masih sibuk berbual dengan Mark. Seperti perkara serius. Tiba-tiba matanya tertala kepada aku. Terkejut aku apatah lagi dia. Mulutnya yang sedang bercakap itu terhenti bila terpandang akan aku.
"Tapi yang pasti aku ship Tuan Lee dengan Sera" bisik Jungwoo.
"Sama!" Taeil juga turut serta.
Aku mengalihkan pandangan. Memandang mereka berdua.
"Dahlah. Jom masuk" ajak aku dan terus meninggalkan mereka disitu.
Dapat rasa yang mata Taeyong tidak lari langsung dari aku tapi lantaklah.
***
Pintu penthousenya dibuka. Okay. Menyesal aku datang masa ini. Kenapa aku nampak kasut elok tersusun di tepi. Aku ingat bila datang lewat takdalah dia disini. Takpelah Sera, kawal hati dan perasaan. Nafas dihembus perlahan.
YOU ARE READING
TY's
Фанфик"She's TY's. You touch her, you die!" Cast: Lee Taeyong Kim Sera as You Start: 24/7/2021 End: 09/03/2022 Most Impresive Ranking #02 in Yuta #03 in Taeyong #08 in Mark Other Ranking #28 in Jeno #91 in NCT