Pagi yang indah bagi orang lain dan bukan bagi aku. Hari isnin memang membosankan. Semalam cuti dan hari ini kerja menjalankan hidup seperti biasa. Hari isnin biasanya aku akan kerja separuh masa bermakna aku akan masuk kerja petang.
"Sera" aku menoleh.
"Jeno ya"
Jeno mendekati aku dan duduk di sebelah aku.
"Kenapa kau duduk sini? Bukan biasanya kau duduk dengan geng kau?" tanya aku.
Jeno menghulurkan sandwich kepada aku.
"Jangan banyak cakap. Ambil dan makan"
Aku tersenyum dan mengambilnya. Bungkusan itu aku buka. Hmm. Nampak sedap. Perlahan-lahan aku menggigit roti sandwich itu.
"Komawo"
Dia hanya menghiraukan aku dan membuka tin air lalu diletakkan di meja aku.
"Macam mana kerja kau? Everything okay?" tanya Jeno.
Aku mengangguk.
"Okay. Dah sebulan dah aku kerja nampaknya takda masalah sangat" jawab aku.
"Baguslah"
"Kau pergi mana sebelum ini? Aku tengok kau dua hari tak datang kelas minggu lepas"
"Aku ada hal sikit nak kena uruskan. Kau pun tahu aku pun kerja juga sambil belajar" katanya dan minum air tin miliknya.
"Ohh"
Jeno memandangnya. Dia berdecit. Dia mengeluarkan tisu dan dalam poketnya dan mengelap mulut aku.
"Kau ini dah besar pun makan comot lagi. Apa masalah?"
Aku hanya ketawa kecil.
"Amboi. Dating dalam dewan nampak" suara kedengaran menegur kami.
Kawan Jeno dan menghampiri kami dan duduk di sekeliling aku. Jaemin dan Renjun di sebelah aku. Shotaro di sebelah Jeno manakala Haechan dan YangYang di hadapan kami.
"Mana adalah" Jeno memberikan tisu kepada aku.
"Eleh. Malu-malu lah tu" ejek Haechan.
"Kau nak kena dengan aku ke Lee Haechan?"
Haechan ketawa.
"Alah. Bukan tak biasa kena sakat dengan Haechan si tak guna ini" kata Jaemin.
"Eh kau panggil aku tak guna. Kalau aku tak guna kau apa pula? Si arnab gigi rongak"
Jaemin menuding jari pada Haechan.
"Kau jangan macam-macam eh"
"Sudahlah! Kau buat Sera tak selesa" tegur Renjun.
Mereka memandang aku. Aku hanya tersenyum kelat. Rasa kekok dengan mereka. Aku cuma rapat dengan Jeno sahaja tapi disebabkan mereka kawan Jeno jadi aku pun berkawan dengan mereka.
"By the way, Sera. How your work? Is everything okay?" tanya YangYang.
"Okay. Tak ada masalah" jawab aku.
"Tak penat ke?" tanya Shotaro pula sambil tangannya menongkat dagu memandang aku.
"Okay je. Lagipun hari ahad saya cuti. Jadi dapatlah rehat sehari"
"Ahad cuti? Bukan selalunya ahad awak pergi hospital jaga appa awak?" tanya Shotaro lagi.
"Mana awak tahu?"
Mereka berlima menuding jari pada Jeno dan menyebabkan aku memandangnya.
"Apa aku?"
"Yelah. Kau yang beritahu kitorang yang setiap hari ahad Sera akan ke hospital untuk jaga appa dia" balas YangYang.
YOU ARE READING
TY's
Fanfiction"She's TY's. You touch her, you die!" Cast: Lee Taeyong Kim Sera as You Start: 24/7/2021 End: 09/03/2022 Most Impresive Ranking #02 in Yuta #03 in Taeyong #08 in Mark Other Ranking #28 in Jeno #91 in NCT