Part 25

191 11 1
                                    

Setelah selesai semuanya, jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Akhirnya kafe bakal ditutup. Ramai juga yang masuk ke dalam cafe ini. Katanya mereka merupakan pelanggan lama dan selalu melepak di sini. Tak sangka mereka setia dengan cafe appa. Aku sibuk mengelap meja membantu pekerja yang lain. Pasti mereka penat.

"Kun. Tolong aku angkat ini sekejap" jerit Ten.

"Kejap"

Aku melihat Kun sibuk menyusun kerusi jadi aku tawarkan diri untuk menolong Ten.

"Biar saya tolong"

"Eh! Jangan. Meja batu ini berat, Cik Sera. Biar kami yang laki-laki yang angkat" ujarnya.

"Tapi, Kun tengah"

Ayat aku mati bila Taeyong tiba-tiba datang ingin menolong Ten. Lengan bajunya disinsing ke siku.

"Meh, aku tolong" ujarnya dan tangan memegang meja itu bersedia untuk angkat

Mereka berdua pun mengangkat meja batu itu ke hujung cafe. Aku hanya memerhatikan mereka. Setelah itu. Taeyong banyak menolong mengemas kafe ini. Aku pula menolong kerja-kerja ringan sahaja padahal aku mampu je nak angkat barang berat. Tapi ditegah mereka semua.

"Wahhh, akhirnya siap" jerit Doyoung.

"Kalian bekerja keras harini" puji aku dan menepuk bahu Doyoung.

"Ehem" deheman Taeyong membuatkan Doyoung terus menjauhi aku.

"Kamu semua boleh balik" arahnya.

"Baik, Tuan Lee"

"Terima kasih untuk hari ini. Awak semua betul-betul buat kerja dengan baik. Saya bangga" ujar aku.

"Kami buat untuk Cik Sera. Asalkan Cik Sera happy, kami pun okay" balas Kun.

Aku hanya tersenyum.

"Kami balik dululah. Selamat malam, Tuan Lee. Bye Cik Sera"

"Bye!" Aku melambaikan tangan kepada mereka sehinggalah mereka hilang dari pandangan.

"Tired?"

Aku menoleh ke arahnya dan menggelengkan kepala.

"Tak. Saya happy" balas aku.

Dia hanya mengangguk.

"Terima kasih, Taeyong untuk hari ini. Saya terharu dengan perbuatan awak hari ini. Lagi-lagi bila awak cakap cafe ini milik appa saya" ujar aku.

"My pleasure, Sera" balasnya.

"I have something to you" sambungnya.

"Apa dia?"

Dia tidak menjawab malah kaki melangkah ke piano yang berada di hujung kanan kafe. Kerusi didudukinya. Aku pun berjalan mendekatinya dan melihatnya dari tepi. Tangannya spontan bermain piano itu. Lembut sahaja tangannya menekan. Lagu ini, macam pernah dengar. Matanya memandang aku.

"Should we sing together?" soalnya.

"Tapi saya tak tahu lagu ini" balas aku dan dia pun menekan-nekan lagi butang piano itu.

"You know this song, Sera"

Ya. Bunyi ini kedengaran sangat familiar. Kepala aku tiba-tiba rasa sakit. Tapi aku kuatkan diri untuk mendengar selebihnya.

"I'm jumping through that ro-rose
Even your thorny way of talking can't stop me
Jumping through that ro-rose
One step and one step at a time"

Aku hanya mendengarnya menyanyikan lagu itu. Tidak pernah dengar di radio. Tapi kenapa aku seperti tahu lirik selanjutnya.

"Your turn, Sera"

TY'sWhere stories live. Discover now