Part 5

213 15 0
                                    

Aku menyelimutkan tubuh badan appa. Sudah seminggu tapi appa masih tidak sedarkan dirinya. Aku mengeluh.

"Appa"

Aku memegang tangan tuanya. Air matanya mengalir.

"Bila appa nak bangun?"

"Appa taknak jumpa Sera ke?"

"Sera rindukan appa"

"Bangunlah"

Aku meletakkan kepala di sebelah katil appa dan mencium tangan appa.

"Sera rindukan appa sangat-sangat"

Aku mengelap air mata aku yang sudah mengaburi mata. Pintu bilik wad dibuka membuatkan aku menoleh.

"Hi, babe"

Aku tersenyum melihat Jeno. Jeno mendekati aku dan menepuk bahu aku.

"Are you okay?"

Aku mengangguk. Jeno memandang appa aku yang masih terbaring.

"Appa aku taknak bangun lagi"

Aku memandang Jeno.

"Jeno, cafe omma aku bukan milik aku lagi"

Jeno memandang ke arah aku. Mukanya agak terkejut.

"Apa maksud kau? Bukankah itu milik keluarga kau?"

"Memang! Tapi appa dah tukarkan nama pada orang lain"

Jeno duduk di hadapan aku dan memegang tangan aku.

"Sabar. Mesti ada sebab kenapa Tuan Kim buat macam tu"

"Sebab apa? Kau pun tahu cafe tulah satu satunya cara kami dapat pendapatan. Kalau appa berikan kepada orang lain, dari mana kami nak dapat duit?"

Jeno terdiam. Cafe itulah satu-satunya tempat kami mendapat wang.

"Aku yakin, appa takkan senang-senang berikan cafe ini pada orang lain"

"Apa maksud kau?"

"Aku yakin dia diugut"

Jeno diam sahaja.

"Aku akan jumpa orang tu dan minta dia pulang semula pada kami"

"Dengan cara macam mana?"

Aku mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Kau takpayah fikirkan pasal cafe tu. Sekarang ini kau kena fokus pada appa kau"

Aku memandang appa.

"Universiti macam mana?"

"Okay. Tapi sudah seminggu kau tak datang. Macam mana?"

Aku menundukkan kepala.

"Aku akan suruh nurse dekat sini jagakan appa bila aku ke kelas. Aku akan datang selepas ini"

Jeno tersenyum.

"Kau kuat, Sera. Kalau ada apa-apa masalah, kau bagitahu je aku. Aku akan tolong kau"

Aku memandangnya.

"Gomawo, Jeno ah. Kau satu-satunya kawan yang aku ada"

Dia tersenyum. Matanya yang sepet itu membuatkan aku tersenyum. Tiba-tiba aku teringat sesuatu.

"Jeno"

"Hmm"

"Kau tahu siapa Lee Taeyong?"

Dia sepertinya tergamam dengan pertanyaan aku.

"Dia siapa?"

"Kau tak kenal dia?"

Aku menggeleng. Siapa dia? Famouskah orang itu?

TY'sWhere stories live. Discover now