Part 3

238 17 0
                                    

"Taeyong Lee"

Perhatian aku teralih apabila ada seseorang memberikan sekuntum bunga ros mereka pada aku.

"Ada seorang lelaki suruh saya berikan ini kepada Cik"

Aku mengambilnya. Ros merah?

Ya! Semasa aku di dalam hospital juga ada seseorang memberikan aku ros merah ini. Aku terus berlari keluar dari kedai manalah tahu aku boleh terjumpa dengan si pemberi. Aku melihat sekeliling. Tiada yang pelik. Adakah lelaki itu sudah pergi?

"Siapa bagi ini?"

Aku perasan ada kertas yang tergulung pada tangkai bunga itu. Aku mengambilnya.

"I love when see your smile. I miss you, rose"

Rose lagi? Kenapa lelaki ini asyik memanggil aku rose? Siapakah dia? Adakah dia seseorang yang mengenali aku? Atau penghantar ini salah orang?

***

Aku termenung sambil menghentak pen di meja.

"Woi!"

Aku tersentak dan mendongak. Jeno. Jeno ialah satu-satunya kawan aku di universiti. Dia seorang sahajalah yang mahu berkawan dengan aku. Jeno meletakkan setin air di hadapan aku dan duduk dengan aku.

"What wrong, babe?"

Aku membuka tin air itu dan meneguknya tanpa menjawab pertanyaan lelaki itu.

"Hey, kau kenapa?"

Aku menghentak tin itu di atas meja.

"Aku penatlah, Jeno"

Jeno pun membuka tin air miliknya.

"Penat? Kenapa kau penat? Kelas tadi bukannya memenatkan pun"

"Bukan pasal kelas"

"Habistu"

Aku diam seketika.

"Asal? Kau sibuk nak pulihkan ingatan kau tu?"

Aku mengangguk.

"Aduh kau ini. Cubalah banyak bersabar. Kau janganlah paksa otak kau tu untuk ingat segalanya. Ingatan kau akan perlahan-lahan muncul"

Aku teringat kejadian aku berjumpa dengan lelaki yang bernama Mark.

"Ha! Hari tu aku ada jumpa seorang lelaki"

"Then?" Jeno meneguk airnya.

"Bila dia beritahu nama dia, otak aku tiba-tiba terbayang sesuatu. Tapi ia bukan fantasi tau, tapi macam situasi tu pernah berlaku sebelum ini"

Jeno hanya mengangguk mendengar cerita aku.

"Siapa nama dia?" dia meneguk lagi airnya.

"Lee Mark"

Jeno tersedak. Aku terkejut lalu mengeluarkan tisu lalu berikan kepada Jeno.

"Uhuk uhuk" lelaki itu batuk sehingga mukanya merah.

"Kau okay tak?"

Dia hanya mengangguk.

"Kenapa? Kau kenal ke lelaki tu?" tanya aku lagi.

Dia menggeleng pula.

"Habistu, kenapa kau macam terkejut sangat bila dengar nama dia?"

Dia cuba membetulkan suaranya.

"Aku cuma terkejut, ada juga lelaki nak tegur kau selain aku"

Aku menampar bahunya kuat. Geram bila dia bergurau begitu.

TY'sWhere stories live. Discover now