Aku menayangkan muka ketat bahawa aku tidak takut langsung dengannya. Tetapi apabila dia mendekati aku tangannya di letakkan pada rak buku itu dan dinding sebelah aku, jantung aku mula buat hal.
"Apa yang kau nak tahu?" soalnya.
"Everything" jawab aku jujur.
"No! Aku tak boleh beritahu kau semuanya" balasnya.
"Kenapa pula?"
"Sebab aku nak kau ingat sendiri" senang sahaja jawapan dia berikan kepada aku.
"Okay takpe. Saya nak tanya apa maksud dalam gambar ini? Kenapa kita mesra sangat? Kita bercinta ke dulu?" soal aku.
Dia melihat album itu yang aku buka tepat pada gambar kami berpelukan. Keningnya di angkat.
"Entah. Aku pun tak tahu" jawabnya.
Nak sahaja aku debik dia dengan album tebal ini.
"Tak nak jawap? Okay takpe. Ini siapa pula?" aku tunjuk pula gambar Yuta bersamanya.
Dahinya dikerutkan. Dia mengeluh berat dan serta itu dia merapatkan lagi dirinya dengan aku. Matanya bersatu dengan aku.
"Dia kawan aku"
"Jadi betullah dia boyfriend saya?" soal aku terus terang.
"Siapa cakap?" laju sahaja dia menyampuk malah dahinya makin berkerut pelik.
"Dia" aku tunjuk pada gambar Yuta.
Dia menganggukkan kepala tapi aku tak tahu adakah iya atau dia sengaja mengangguk.
"Kau senang percayakan orang kan?"
"Ha?"
"Bila aku cakap aku tak kenal kau, kau percaya. Bila dia cakap dia kenal kau, kau percaya jugak . Kau tak tahu samada dia musuh atau kawan kau. Dia kata kau girlfriend dia?"
"And you trust him?"
Aku diam. Benar juga. Tapi gambar ini bukankah bukti bahawa kami pernah kenal? Dia musuh aku tetapi kawan Taeyong? And then aku dengan Taeyong siapa pula?
"Macam yang kau cakap sebelum ini, kau kata aku pernah sentuh kau. What you think about that?"
Aku diam lagi.
"Mesti kau fikir aku rogol kau kan?"
"Saya tak cakap" balas aku.
"Then? Apa yang kau fikir bila scene itu bermain di ingatan kau?"
"Saya... saya sendiri tak tahu" balas aku lagi.
"Kita mungkin kenal tapi tak semestinya rapat. Melainkan you love me and i love you. You give all to me and I give everything to you. But our ending not too perfect"
Dia merenung aku. Aku cuba faham kata-kata yang dia maksudkan.
"Kau percaya apa yang aku cakap tadi?"
"Saya tak fahamlah"
"Cuba kau tengok gambar kita" dia menyelak album itu dan kembali pada halaman kami berpelukan.
"Kau rasa kalau gambar kita macam ini, atas sebab apa?"
Otak aku makin bercelaru memikirkannya.
"Entah"
"Haishhh" suara Taeyong merengus geram.
"Think about it!" sambungnya.
"A couple?" jawab aku.
"Aku tak cakap, kau yang cakap" dia terus menonong menyampuk.
"Jadi kita bukan lah kan?"
Dia hanya diam dan menjarakkan dirinya dengan aku.
YOU ARE READING
TY's
Hayran Kurgu"She's TY's. You touch her, you die!" Cast: Lee Taeyong Kim Sera as You Start: 24/7/2021 End: 09/03/2022 Most Impresive Ranking #02 in Yuta #03 in Taeyong #08 in Mark Other Ranking #28 in Jeno #91 in NCT