Badan lelaki yang menindih aku itu ditarik. Penglihatan aku kabur tapi aku dapat lihat lelaki itu dibelasah teruk oleh
Lee Taeyong.
Habis berdarah wajah lelaki itu. Perutnya ditendang, wajahnya ditumbuk. Wajah Taeyong berubah 100% dan itu sangat menakutkan. Bengis. Marah.
Cermin besar yang ada di antara katil ke tandas pecah apabila dia menendang tubuh lelaki itu. Mereka berdua bergelut di lantai tetapi perlawanan itu lebih kepada Taeyong. Teruk lelaki itu dibelasahnya.
Kolar baju lelaki itu ditarik supaya berdiri. Aku pun cuba untuk bangun supaya dia hentikan perbuatannya.
"Kau memang nak mati dengan aku Johnny!" dia memegang kolar lelaki itu dengan kasar sehingga tubuh lelaki itu sedikit terangkat.
"You touch her and I'll kill you!!"
Terbeliak mata aku bila Taeyong mengeluarkan pistol dari poket seluarnya dan diacukan kepada kepala lelaki yang bernama Johnny itu. Aku pun membasahkan tekak aku untuk memanggilnya.
"T-taeyong" suara aku perlahan menyerunya.
Dia mengerling kearah aku dengan wajah muram. Matanya kelihatan pudar bila dia menoleh ke arah aku.
"I am sorry, rose. I can't take care of you"
"I miss you"
Aku terus memegang kepala aku bila terasa lebih sakit dari tadi. Taeyong terus melepaskan Johnny dan mendekati aku yang sudahpun terduduk di lantai. Badan aku dipeluknya.
"Sera, are you okay?" soalnya, cemas.
"Taeyong, kepala saya sakit sangat"
"Mark!!!" Taeyong menjerit dan selepas itu penglihatan aku terus hitam.
***
"Dia baik-baik sahaja kan, Jae?"
"Ye. Dia baik-baik sahaja. Biarkan dia berehat dulu. Lagipun kepala dia cedera sedikit"
"Mana?"
Aku terasa kepala aku disentuh lembut dan semerta itu telinga aku menangkap nafas berat dari lelaki sebelah aku.
"Sikit je pun hyung. Tak payah risau sangat. Dia baik-baik sahaja"
"Aku tak boleh terima kalau apa-apa jadi dekat dia, Jaehyun. Ia menyakitkan aku bila nampak dia tercedera macam ini"
Dia risaukan aku? Apa yang berlaku ini? Kenapa dia risaukan aku? Kenapa? Siapa aku sebenarnya? Nampak sangat dia kenal aku kan.
"Johnny? Macam mana?"
"He run away"
"What?!!"
"Shhh! Perlahanlah sikit. Nanti dia sedar macam mana?" tegur Taeyong.
"Sorry. Jadi, macam mana? Kalau dia apa-apakan Sera lagi macam mana?"
"Jangan risau. Aku dah suruh budak-budak aku cari dia. Tak lama dapatlah tu"
Kepala aku diusap lembut. Dan aku dapat rasa wajah aku diteliti oleh Taeyong walaupun aku sedang berpura-pura tidak sedarkan diri.
"Jom lah kita berborak di luar. Biarkan dia rehat" ujar Jaehyun.
Taeyong mengangguk. Aku dengar derapan kaki pergi jauh dari aku. Aku terkejut bila terasa dahi aku dicium seseorang.
"Nanti saya masuk balik ye"
Katil tergerak-gerak menandakan Taeyong turun dari katil dan bergerak menuju ke pintu bilik. Bila aku dengar pintu bilik ditutup dan mata aku pun terbuka.
YOU ARE READING
TY's
أدب الهواة"She's TY's. You touch her, you die!" Cast: Lee Taeyong Kim Sera as You Start: 24/7/2021 End: 09/03/2022 Most Impresive Ranking #02 in Yuta #03 in Taeyong #08 in Mark Other Ranking #28 in Jeno #91 in NCT