Part 41

156 10 4
                                    

Gambarnya bersama aku ditenung. Air mata mengalir di pipi. Senyumannya membuatkan aku rindu. Camera aku dibuka dan melihat gambar miliknya. Begitu banyak. Senyuman aku juga diukir. Gambarnya semasa majlis perasmian cafe yang aku ambil curi-curi. Gambar dia yang berpakaian serba hitam. Aku memeluk camera aku yang bercerminkan gambarnya.

"Saya rindukan awak. Kenapa awak tinggalkan saya?"

Makin menitis air mata aku. Rindu sangat. Memang sakit kalau rindukan orang yang tiada. Sakit sangat. Seminggu berlalu selepas peristiwa aku beritahu Jeno tentang kandungan aku.

"Baby mummy" perut kempis aku dipegang.

Walaupun masih tiada tindak balas tapi aku masih mahu berbual dengan anak bayi aku ini.

"Baby mummy sihat ke tu? Maaflah mummy tak bawa baby pergi checkup lagi. Esok mummy bawa ye. Sebab daddy kata dia nak pergi sekali dengan kita"

"Daddy itu sibuk sahaja. Tengok dah seminggu pergi tinggalkan kita. Busy sangat. Tak nak langsung bawa kita ikut dia. Mummy nak merajuk dengan daddy lah"

Aku menjuihkan bibir bila teringat yang dia pergi tinggalkan aku untuk ke Busan. Sibuk sangat dengan cafe dia. Macamlah takada orang lain yang boleh uruskan.

Aku bersandar pada kepala katil. Termenung memikirkan kejadian lama. Setiap saat, setiap detik yang berlaku langsung aku tak dapat lupakan. Lagi-lagi kemalangan yang ditimpa Taeyong.

"Rindunya dekat awak"

Aku memejamkan mata dan sekali lagi air mata menitis. Susah nak lupakan kisah itu. Wajah sakitnya, pengorbanannya pada aku. Susah sangat. Aku trauma dengan pistol. Aku trauma untuk kehilangan lagi.

Tok! Tok!

Pintu bilik diketuk tanpa sempat aku menyahut pintu sudahpun dibuka. Siapa pula itu?

"Hi, sweetheart" bibirnya mengukir senyuman menggoda kepada aku.

Terus tersenyum aku melihat wajahnya. Dia pun masuk dan pintu bilik kembali ditutup. Aku pun bangun dari katil untuk mendekatinya. Tangannya didepa minta dipeluk. Aku terus melompat kedalam pangkuannya.

Suami aku, Lee Taeyong sudah pulang dari kerjanya. Tubuhnya erat aku peluk. Rindu sangat sampaikan aku menangis tadi.

Semasa kejadian itu, doktor bersusah payah untuk menyelamatkannya. Nasib baik peluru tidak menembus kepada organ-organ pentingnya. Tapi hampir dua bulan juga dia tidak sedarkan diri.

Dan kini...

Dia sihat dan masih berada di sisi aku.

"Oh my god! Kenapa meluru sangat ini?" soalnya.

"I miss you" ucap aku.

Dia malah ketawa suka. Biasalah kalau dia ketawa serupa mesin rosak. Dia mencium ubun-ubun aku.

"I miss you too, rose. So much" balasnya.

Dia melepaskan pelukan dan bahu aku dipegang. Wajah aku diteleknya risau.

"Are you crying? Kenapa ini sayang?" soalnya. Wajahnya juga sudah pucat melihat aku.

TY'sWhere stories live. Discover now