Seminggu berlalu dengan pantas. Aku menghabiskan masa sendirian di rumah aku dengan belajar, belajar, belajar. Itu bermakna aku juga cuti daripada bekerja seperti yang diperkatakan oleh bos aku. Dia takkan ganggu final exam aku dan memberikan aku cuti untuk belajar.
Dan seminggu ini juga aku tak jumpa langsung dengan si dia. Rindu. Tapi dia dah janji taknak ganggu aku. Aku dirumah aku dan dia dipenthousenya. Suami isteri tapi duduk asing-asing juga.
Hari ini, peperiksaan akhir aku bermula. Nota kecil sempat aku belek sebentar sebelum masuk ke dalam dewan. Lagipun masa ada lebih kurang 30 minit.
"Sera, yang ini macam mana?"
Aku membelek ke arah Haechan. Ya, kami belajar sekali bersama kawan Jeno yang lain.
"Awak masukkan je ikut soalan. Jangan ambil yang lama. Masukkan yang baru"
"Ha?" wajahnya berkerut mendengar jawapan dari mulut aku.
Aku pun menarik bukunya dan mengajarnya sedikit demi sedikit. Acc bukan senang ye.
"Ohhhh" mulutnya terlopong dan mungkin baru faham agaknya.
Dia kembali menarik buku dan kembali mengulangkaji. Aku pula terasa otak semakin penuh jadi mengambil pilihan untuk berhenti belajar. Buku ditutup dan botol mineral dicapai.
"Perhatian kepada semua studen sila beratur di luar dewan mengikut angka giliran masing-masing. Simpan semua peralatan di dalam beg dan susun beg di tempat yang disediakan. Bawa peralatan menulis anda seperti pen, pembaris serta kalkulator. Sekian"
"Ha sudah. Aku satu apa pun tak faham" ujar Renjun.
"Jawab jelah. Kita boleh punya" balas Jeno.
"Yeah. We can do it, man" Yangyang membalas.
Aku hanya tersenyum. Barang semua dimasukkan kedalam beg sandang aku. Kemudian, telefonku berbunyi menandakan mesej masuk.
"Sera. Jom"
Aku mendongak.
"Korang pergi dulu. Aku nak balas mesej sekejap"
"Okay. Kitorang masuk dulu"
Aku mengangguk dan melihat mereka semua pergi. Aku membuka telefon dan tersenyum apabila mesej dari Taeyong masuk.
"Hi, rose. Do your best for me. I will always support you, sayang. No matter how bad you result it's okay. I'm fine with that. Hahahaha. After your exam done, we will meet again. I miss you so much especially your smell. I love you sayang. Goodluck"
Aku tersenyum riang membaca. Tak guna dia mengharapkan aku dapat result teruk. Ey. I miss you too, bubu.
***
Akhirnya, peperiksaan aku tamat. Kerana aku adalah pelajar akaun jadi tak terlalu banyak subjek final. Mark awal-awal pagi lagi dah menunggu aku di depan rumah untuk mengambil aku seperti biasa.
"Hi, little girl"
Aku berlari anak mendapatkannya. Rindu juga pada dia.
"Mark!"
Kalau dia bukan anak buah Taeyong dah lama aku peluk dia tanda rindu.
"You look happy. Ada berita baikkah?"
Aku mengangguk teruja.
"Saya dapat panggilan dari pihak hospital yang appa dah semakin sembuh. Semalam, jari appa dah bergerak" teruja aku sampaikan padanya.
"I know that" balasnya.
"Awak tahu?" Soal aku.
"Awak kena ingat yang boss saya menantu kesayangan appa awak" balasnya.
YOU ARE READING
TY's
Fanfiction"She's TY's. You touch her, you die!" Cast: Lee Taeyong Kim Sera as You Start: 24/7/2021 End: 09/03/2022 Most Impresive Ranking #02 in Yuta #03 in Taeyong #08 in Mark Other Ranking #28 in Jeno #91 in NCT