Part 21

176 15 0
                                    

Aku memandangnya dan dia hanya merenung aku. Tiada jawapan untuk aku.

"Kau berehatlah" dia pun berdiri.

"Awak tak jawap soalan saya"

Dia berhenti melangkah dan mengerling sekilas ke arah aku.

"Siapa awak sebenarnya?"

"Kenapa kau nak tahu?" soalnya balik.

Aku diam. Dia menghela nafas berat.

"Kau nampak macam aku kenal kau ke?" soalnya balik, kasar.

Aku makin terdiam. Aku menggeleng.

"Then?"

Aku diam lagi. Dia meraup rambutnya ke atas apabila rambutnya menutup dahinya.

"Aku nak kau berehat. Esok aku bagi kau cuti"

"Saya nak balik"

"No!!" bangkahnya sekeras yang mungkin.

Aku pun terdiam. Sergahannya membuatkan aku takut. Lagi-lagi bila dia merenung aku tajam begini.

"Sorry" ujarnya, lembut.

"Saya minta maaf, Tuan Lee sebab dah susahkan Tuan"

Dia hanya diam.

"Dan terima kasih sebab sudi selamatkan saya tadi. Saya terhutang budi dengan Tuan Lee. Terima kasih sangat-sangat" aku memberikan senyuman kepadanya.

Dia sepertinya terkaku seketika. Matanya tidak lepas daripada merenung aku. Matanya pudar dan riak wajahnya kosong sahaja.

"Don't say thanks to me, Sera"

"Kenapa pula?"

"It's my responsiblity to save you"

Tanggungjawab? Dahi aku serta merta berkerut. Apa maksudnya?

"Maksud aku sebagai boss kau"

Aku mengangguk kepala faham apa maksudnya tadi. Dia pun melepaskan nafas lega perlahan.

"Tapi tetap saya kena ucap terima kasih kan?"

"Just rest" dia ingin pergi tetapi sekali lagi aku menghalangnya.

"Apa lagi?" soalnya.

"Kalau saya baring kat sini, Tuan Lee nak tidur mana? Takkan di sofa?"

"Apa susah aku baring jelah sebelah kau"

"Ha??"

Aku lihat bibirnya tersenyum mungkin dia sengaja kenakan aku.

"Tak perlu risaukan aku. Kau berehat sahaja di bilik aku"

"Terima kasih sekali lagi, Tuan Lee"

Dia mengangguk dan kaki diangkat pergi meninggalkan aku keseorangan.

***

Aku terjaga dari tidur apabila terasa cahaya menembusi masuk ke dalam bilik. Mata aku dibuka dan aku dapat lihat susuk tubuh yang sedang memakai baju. Aku terus bangun dan mata digosok.

"Kau dah bangun?"

Otak aku mula bermain peranan untuk mengingati bagaimana aku boleh berada di sini bersama dia.

"Kau okay?" dia berjalan mendekati aku.

"Okay je" mata aku mendongak memandangnya yang memegang dahi aku secara tiba-tiba.

Dahlah dengan butang baju tak dikancing sepenuhnya. Jelas aku nampak dadanya.

"Suhu kau malam tadi tinggi. Sekarang tidak terlalu panas dah"

TY'sWhere stories live. Discover now