Episode 1🌼

46.6K 1.2K 199
                                    

"IBU TOLONG!!!"

Kedengaran seorang gadis meminta tolong, gadis itu berlari menyelamatkan dirinya,dia pecut lari kearah wanita yang sedang menyapu halaman,

"YA ALLAH budak ni, abell! Yang kamu kacau itik tu dah kenapa!,kan dah kena kejar,ayah tengok cucu ayah ni"

Tuan zahir tersenyum melihat cucu perempuannya yang sedang berlari menyelamatkan diri, ahhh tulah kau pergi kacau itik tu mendapat lah jawabnya,

"ATUK~ TOLONG LAH ABELL DIA ASYIK KEJAR!"

Abell yang masih lagi terus berlari daripada itik itu mendekati atuknya pula,tuan zahir bangun lalu menghalau itik itu dengan santai,tegopong mulut abell melihat atuknya cayalah tok,

"Haaa puas main dengan itik?"

Tuan zahir tersenyum senget memandang abell,gadis itu hanya mencebik bibir,ish atuk ni tau sakat je,

"Best,best sangat"

Gadis itu membetulkan tudung bawalnya lalu berjalan pergi menolong ibunya yang sedang mencabut tanaman,

"Bila kamu nak tengok biasiswa university bagi tu? Tengok lah dapat ke  tidak"

"Abell takut lah ibu kalau abell tak dapat masuk macam mana?"

Puan raisya meletakkan bakul penuh sayuran itu di pangkin bawah rumahnya,lalu matanya menatap anak gadisnya,

"Kalau abell tak dapat biasiswa tak apa ibu ada duit simpanan"

Abell menatap ibunya lalu memeluk wanita tua itu,dia tahu dirinya bukan dari orang yang senang,jadi dengan sedaya upaya dia belajar bersungguh-sunguh untuk mendapatkan biasiswa,

"Ibu simpan je duit tu kalau abell tak dapat masuk U, abell kerja jelah"

"Tak boleh abell kena sambung belajar,ibu tak kira ikut cakap ibu,kalau abell tak dapat biasiswa tak apa ibu ada duit simpanan faham?"

Gadis yang bernama nur  rossabell  itu hanya tersenyum dan menganguk mendengar kata-kata sang ibu, sungguh dia tidak mahu menyusahkan ibunya, apatah lagi bila ayahnya sudah lama meninggal kan mereka, ayah abell meninggal dunia sewaktu dia berusia 5 tahun,jadi sejak dari itu ibu dan atuknya yang harus mencari rezeki,ibu menjual kuih,nasi lemak,dan kuih raya,Atuk pula ada bela ayam dan itik, abell kadang-kadang dia akan mengambil tempahan menjahit baju kurung, itulah pendapatan mereka bertiga,

"ASSALAMUALAIKUM ABELL!!!"

"NUR ROSSABELL!!!!"

terhinjut bahu ibu dan anak itu apabila mendengar seseorang menjerit,abell mengerutkan dahinya macam kenal je suara tu?,

"Ya Allah abell kau kat sini?!"

Terkejut abell apabila melihat sahabatnya Hani Melina sedang bercekak pinggang,

"Kau buat apa kat sini"

"Ehhh nyah bukan kau suruh aku datang sebab nak tengok biasiswa tu sama-sama ke?!"

Abell terus menepuk dahinya Ya Allah macam mana dia boleh lupa,dia yang memanggil sahabatnya ini untuk melihat biasiswa itu bersama-sama,

"Ahhh sorry sorry dah jom naik kita tengok,ibu abell naik dulu ye?"

"Naiklah ahhh hani kamu makan lah kuih tart nenas tu ibu ada buat semalam"

Bersinar mata gadis bernama nurul hani itu,uwww tart nenas favorite tu,

"Sayang ibu~~~nanti hani makan"

Dua gadis itu terus naik atas,laptop di ambil dan diletak kan di meja, mereka membuka laptop itu, baru nak tekan click tangan abell terhenti,

ONLY YOUWhere stories live. Discover now