Episode 47🌼

11.9K 739 194
                                    

Tubuh yang tersarung baju melayu putih itu dipandang dengan mata penuh kebencian. Mungkin sewaktu dia berkahwin dengan kekasih hatinya baju melayu putih adalah kesayangannya,namun sekarang entah kenapa dia rasa sangat benci memakai baju perkahwinan ini.

Tidak pernah terfikir dibenak fikirannya untuk berkahwin atau menguturkan akad nikah untuk kedua kalinya. Tapi disebabkan budi yang harus dibayar dia tidak dapat berbuat apa-apa.

Masa berlalu dengan pantas hari ini adalah majlis perkahwinan Tuan Syafwan dan Hasni. Beberapa jam sahaja lagi dia akan melafaskan akad nikah yang dia tidak ikhlas untuk lafaskan.

"Abang?"

Spontan laju tubuh Tuan Syafwan berpusing memandang Abell yang berdiri dihadapan muka pintu. Tersenyum lembut dia melihat kecantikan isterinya memakai baju labuh dengan baby bumb yang sudah berusia 5 bulan itu.

 Tersenyum lembut dia melihat kecantikan isterinya memakai baju labuh dengan baby bumb yang sudah berusia 5 bulan itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Hey Baby come here"

Abell datang terkedek-kedek masuk kedalam dakapan suaminya itu. Jujur siapa yang tak sakit bila suaminya berkahwin lain. Tapi dia percaya dengan suaminya dan dia juga mempunyai rancangannya yang tersendiri.

"You look beautiful Baby's Mama"

"Thank You Mr CEO"

Mereka diam didalam dakapan masing-masing. Abell memejamkan mata mendengar dan menghayati degupan jantung suaminya itu. Degupan jantung lelaki itu adalah kegemaran sekarang. Sangat tenang.

"Maafkan aku"

Abell mendongak kepala. Terkejut dia melihat pipi Tuan Syafwan agak basah dengan air mata. Kenapa ni aku terpijak kaki dia ke?. Dengan pantas Abell melihat kakinya. Ehhh tak ada pula.

"Maafkan aku. Sumpah aku cakap masa akad nikah kita aku dah janji dengan diri aku yang ini adalah lafaz nikah pertama dan terakhir aku. Aku tak nak, aku tak nak dengan dia"

Sayu suara Tuan Syafwan berbicara, Perlahan-lahan dahinya jatuh ke kebahu Abell. Dapat gadis itu rasa tangisan deras suaminya.

"Ini bukan salah Abang. Saya tak marah Abang kahwin dia sebab saya dah tengok ketulusan Abang tak nak kahwin dengan dia. Tapi, kalau Abang tak kahwin dengan dia Mak Uda tak kan kita hidup dengan tenang. Sebab kita bermain dengan budi abang. Kita terhutang budi nyawa dengan dia"

Apa yang boleh mereka buat? Kalau Mak Uda bertegas nak kahwinkan anak gadisnya dengan Tuan Syafwan. Apa tah lagi ini memang wasiat Pak Uda. Abell tahu selagi Mak Uda tak dapat apa yang dia nak wanita tua itu tidak akan bagi mereka hidup senang. Abell pasti akan semua itu.

"Dah Abang jangan nangis. Kita khusnuzon je. Abang kahwin dengan dia bukan berarti hati Abang untuk dia. Didalam hubungan kita kena percaya dengan pasangan kita, saya percayakan Abang dan saya harap Abang jaga kepercayaan saya tu"

Ujar Abell lembut. Kepala Tuan Syafwan perlahan bangun dari bahu Abell. Abell hapus perlahan air mata lelaki itu menggunakan ibu jarinya. Kakinya ditinjitkan lalu dahi Tuan Syafwan dihadiahkan ciuman lama.

ONLY YOUWhere stories live. Discover now