Episode 37🌼

12.7K 727 133
                                    

"hmmm uhmmm hmmm"

Tuan Syafwan bersenandung gembira sambil memperkemaskan lengan baju kemejanya. Maklum lah walaupun dah nak jadi bapak anak 2 ni kena lah nampak segak dan bergaya ciah.

"Abang dah siap?"

Abell yang baru keluar dari bilik almari itu dipandang. Isterinya itu kelihatan sangat comel. dress lengan panjang berwarna baby blue itu kelihatan sangat sesuai dengan Abell dan baby bumbnya. Aih mak buyung comeinya awuk jom kahwin?.

"Come here baby"

Abell berjalan kecil kearah suaminya, eih comei. Terdongak kepala Abell bila tiba dihadapan lelaki tinggi galah itu. Mamat ni makan apa?, Setiap hari tambah seinci ke macam mana?.

"How's you feeling today?"

Tudung Abell yang agak senget itu dirapikan. Wajah Abell didekati lalu hidung mereka dilaga bersama. Mata penuh cinta itu saling bertatapan.

"Ok!, Hari ni baby-baby excited nak pergi beli barang diorang"

Hari ini mereka mahu pergi membeli barangan-barangan bayi seperti baju,botol susu, dan pelbagai barangan lain. Bilik baby dah siap?, Bilik baby sedang direnovasi oleh arkitek terkenal. Siapa lagi yang rancang kalau bukan Tuan Syafwan, dah berkali Abell kata tak payah lah bazir duit renovate bilik sampai panggil arkitek terkenal kan sayang duit, tapi kepala Tuan Syafwan kan keras mengalahkan batu. Kalau kepala dia bertembung dengan batu pun, batu tu pecah agaknya.

"Tak sabar nak beli barang banyak-banyak"

Lebar Tuan Syafwan tersenyum excited kerana semalam doktor mengesahkan bahawa bayi mereka dua-dua Babygirl, seperti yang Tuan Syafwan mahukan anak perempuan. Dia dah plan nak beli barang apa dari semalam lagi. Macam-macam dia sudah listkan di dalam note telephonenya. Kalau Abell bagi dia nak beli shopping mall tu sekali tapi baru je nak minta izin dah kena marah, kena ugut tak boleh pegang baby bumb selama 3 hari. I CANNOT!!!!! MY BABY LOVELY ADORABLE PRINCESS!.

"DAH JOM!"

_____

"Ahhh yang ni cantik"

Hasna membuka lebar kain bermaterial Lace itu. Uhmmm boleh tahan warnanya.

"Ahhh ahhh lah cantik tu"

Balas Mak Uda, tangannya juga ligat menyentuh material-material kain yang terbentang dihadapannya.

Mereka semua sedang mencari kain untuk baju pengantin Hasni, maklum lah majlis pun lagi 3 bulan kan.

Hasni yang hanya melihat itu diam duduk disofa tempat menunggu. Buat apa nak sibuk-sibuk cari baju pengantin kalau kahwin pun tak macam kahwin kan?. Mak Uda yang melihat anaknya seperti tidak ceria itu dengan cepat berjalan kearah Hasni.

"Kau ni dah kenapa Hasni?. Cari lah kain untuk baju kau"

Bebel Mak Uda sambil bercekak pinggang, anaknya itu dipandang.

"Mak betul ke semua ni?"

"Betul apa?, Dah ayah kamu memang nak kamu kahwin dengan dia, kita ikut kan jelah"

Hasni mengeluh berat. Kerja doktor tapi status perkahwinan isteri kedua?. Wow hebatkan?.

"Surat tu memang ayah kamu yang tulis. Mak dah lama simpan, ingat nak kamu habis kerja kat dubai baru Mak nak bagitahu pasal surat tu, tapi eih lain pula jadinya"

Surat Pak Uda itu memang ditulis oleh Pak Uda sendiri sebelum dia menghembuskan nafas terakhir. Mak Uda yang sudah bertahun-tahun mahu Tuan Syafwan menjadi menantunya itu tambah berkobar semangat bila dapat tahu yang suaminya juga berfikir benda yang sama dengannya. Nasib baik lah ada surat tu kalau tak memang tak lah Tuan Syafwan nak kahwin dengan Hasni.

ONLY YOUWhere stories live. Discover now