Episode 13🌼

15.9K 906 88
                                    

Kalau lah boleh benamkan mukanya dimana-mana lubang cacing berdekatan rasanya Abell sudah lama membenamkan mukanya. Biar berkawan sapa dengan cik dan encik cacing.

Dia masih berdiri didepan pintu rumahnya kaku,dengan kangkung hijau sehijau kepala adudu itu tidak lepas didalam dakapan. Dah macam gendong anak pun ada.

Tuan Syafwan yang melihat Abell kaku dan beku itu terus berdiri dari duduknya. Meminta izin dengan yang lain, Tuan Syafwan menarik pergelangan tangan Abell menariknya keluar.

Tuan Syafwan dan Abell kini berada dihadapan pokok mangga depan rumah Abell.apa ingat rumah Tuan Syafwan je ada pokok mangga? Kita pun ada lah.

"Kau"

Abell memejamkan matanya takut. Habis habis lah dia kena baham dengan si puma sorang ni. Belum sempat jadi bini dah jadi makanan santapan minum petang.

"A-apa?"

Tuan Syafwan bercekak Pinggang.

"Kau, aku dah cakap bagitahu aku kalau ibu dengan atuk kau setuju kan?, Kenapa dah seminggu aku tunggu tak ada jawapan?"

Marah Tuan Syafwan. Yelah pagi petang siang malam dia pi pandang handphonenya macam orang bodoh,menunggu panggilan atau Whatsapp dari Abell. Namun kosong tak ada langsung notification. Sipi nak dia baling Telephone mahalnya.

"Pakcik kata dalam masa 2 minggu?, Saya tunggu 2 minggu lah ni!"

Kini Abell pula marah. Ehhh pakcik ni aku tempeleng sampai taiping kang, dah dia yang kata 2 minggu dia pula lupa. Baru 30 tahun bukan tua sangat.

"Kau tak tengok Whatsapp ke?"

Aik?, Apo ni?.

Abell berkerut muka, ehhh ada Whatsapp?. Dengan cepat Abell mengeluarkan handphone Vivonya yang terletak didalam poket seluarnya.

"Aku cakap kat kau. Papa dah setuju jadi aku nak kau cepat kan bagitahu family kau"

Jelas Tuan Syafwan. Abell terpinga-pinga scorl satu-satu notification Whatsappnya, maklum lah banyak sangat notification masuk, dari group family lah group Universitynya lah. Habis message Tuan Syafwan tenggelam dalam notification.

Selepas dapat message Whatsapp dari Tuan Syafwan,Abell Mendongak kepalanya memandang wajah dingin BAKAL SUAMI nya itu. Senyuman kambing Abell berikan.

"Sorry, Whatsapp pakcik tenggelam dalam lautan Notification hehehe"

Naik turun dada Tuan Syafwan mendengar HEHEHE budak kecik dihadapanya itu. Aihhh nasib comel kalau tak dah lama aku gomol astu masak dengan kangkung kat tangan kau tu.

"Ehhh jap saya nak tanya macam mana Tuan Amyrul setuju?"

Ni yang pelik ni. Cepat betul bakal mertuanya itu setuju. Aku ni nampak sangat ke ciri-ciri menantu mithali?.

"Cite dia macam ni?"

Flashback

"Kamu nak kahwin Afwan?"

Terpinga Tuan Amyrul mendengar anak lelaki tunggalnya itu meminta izin untuk berkahwin. Yelah budak 30 tahun seorang ni dengan perempuan dingin beku semacam, kadang-kadang rasa macam anaknya ni bengkok pun ada.

"Ye Ayah"

Dengan Confidentnya Tuan Syafwan mengiyakan.

"Budaknya baik tahu sayang"

Kini Puan Hana cuba memujuk.

"Betul Ayah!"

Syafwani menyampuk.

ONLY YOUWhere stories live. Discover now