Episode 26🌼

15.2K 756 115
                                    

Matahari sudah naik menerangi bilik mereka. Bilik siapa lagi kalau bukan pakcik gatal dan isterinya yang banjir masuk air. Tuan Syafwan dan Abell. Setelah berhempas pulas berlawan di atas katil semalam mereka kepenatan, uhm tahu tahu lah ye lawan apa.

"Uhmmm"

Abell menutup wajahnya yang disilaui cahaya matahari itu. Pagi tadi dia bangun untuk mandi dan sholat subuh bersama sang suami. Tapi seingat dia tak ada pula dia buka langsir pagi tadi.

"Hey wake up"

Tuan Syafwan menyelak rambut depan isterinya yang menutupi wajah bersih itu. Senyuman terukir di wajah kacak lelaki itu. Tuan Syafwan hanya bertuala kerana dia baru sahaja selesai mandi, yelah nak pergi kerja ni uols.

"Uhm ngantuk"

Rungut Abell sambil mnarik selimut sampai keatas kepala. Tuan Syafwan tertawa kecil. Dengan perlahan dia masuk kedalam selimut putih itu bersama isterinya. Pipi gebu Abell dielus-elus lembut ada juga lah dia picit sikit macam pipi wanita itu squishy.

"Sakit lah Abang"

Ingat tak sakit ke pakcik gatal ni cubit?!.

"Kalau sakit bangun, ni baru cubit jangan sampai aku gigit"

Abell berdecik marah. Cehhh ayat mat rempit betul. matanya perlahan-lahan dibuka. Buka sahaja mata, dia sudah terpegun dengan wajah Tuan Syafwan yang hanya beberapa inci sahaja darinya. Ahhh hati kau jangan lari laju sangat nanti hilang susah!.

"Good morning My Baby"

Aduh mak ni yang lemah ni, suara Tuan Syafwan bergema di telinganya suara serak-serak basah yang boleh menggegarkan seluruh urat didalam badananya, uish lain macam kan?.

Sedang ralit mengscan wajah suami tiba-tiba pandangannya turun ke dada Tuan Syafwan yang tiada sehelai pun benang itu. Turun lagi abs coklat disajikan seperti nama pak Saji, turun lagi tuala, tch kenapa tuala. Ehhh Abell lain macam kau ni. Siapa-siapa ada air zamzam?.

"Kenapa nak aku buka ke?"

Dari tadi dia pandang mata Abell yang sudah seperti kucing melihat ikan meneliti badannya. Tahu lah aku kacak tapi jangan lah pandang-pandang mawu.

"Alah cakap je kalau nak, aku rasa ada masa lagi ni sebelum nak gerak pergi Office"

ASTAGHFIRULLAHALAZIM jantan ni!.

Terlompong mulut Abell mendengar kata-kata yang sangat lah tidak eko family keluar dari mulut suaminya itu. Sah aku kena call insurance petang nanti.

"Abang nak buat insurance tak?, Nak apa? Takaful? Zurich? Ke kurnia? Sebab saya rasa abang ni kena dikurniakan sedikit penapis dekat mulut abang tu"

Setepek Abell bagi. Tuan Syafwan terkekeh-kekeh ketawa dengan komen selamba isterinya itu.

"Kalau nak insurance namanya Nur Rossabell boleh?"

"Boleh, tapi setiap kali Abang gatal saya jentik mulut Abang boleh?"

"Uhmmm"

Tuan Syafwan mengetuk-ngetuk dagunya menggunakan jari telunjuk.

"Kalau jentik tu tukar dengan ni boleh?"

Bibir Abell disentuh,matanya dikenyit menggoda.

"Abang nak eye mo ke?"

"Kenapa?"

"Yelah kedip-kedip mata tu?"

Pukul dahi Tuan Syafwan dengan perangai tak semengah dan selamba isterinya yang tidak pernah berubah itu. Halahai sayang awak ni.

ONLY YOUWhere stories live. Discover now