Episode 5🌼

17.9K 1K 156
                                    


"Wahhh besar juga KLCC ni ehhh?, Dari luar nampak kurus macam jagung je"

Teruja sungguh Abell melihat sekeliling dalam KLCC, matanya liar meneroka pelbagai kedai disitu,

"Kau tak pernah pergi KLCC ke?"

Tanya Tuan Syafwan melirik Abell,

"Tak, sebab jarang pergi KL, selalunya family je yang datang kampung"

Ujar Abell tidak langsung memandang Tuan Syafwan karena matanya sibuk melihat sekeliling,

Hani dan Ariz berjalan dihadapan mereka, dah macam pasangan kekasih dah,

Tuan Syafwan yang berjalan disebelah Abell itu kelihatan seperti raksasa karena Abell pendek paras dadanya,

Dipandang Gadis itu dengan muka dinginnya, entah kenapa tangannya tiba-tiba naik mahu meraih kepala Abell yang ditutupi tudung itu, hampir sahaja mahu menyentuh kepala Abell tiba-tiba sahaja gadis itu menolehkan kepalanya memandang lelaki itu dengan senyuman lebar,

Terkejut Tuan Syafwan kebelakang, jantungnya berdegup kencang,

Abell terlompat-lompat teruja, di tarik kecil lengan baju Tuan Syafwan,

"Nak tu boleh?"

Ditunjuk sebuah kedai gula gula kapas, Tuan Syafwan melirik kedai tersebut,

"Kau nak tu?"

Abell mengangguk kepalanya dengan laju, betul-betul nak budak ni,

"Sape belanja?"

Saje Tuan Syafwan mahu menyakat, dia tahu Abell mahu dia yang membelanjanya, dengan senyuman miring lelaki itu memandang Abell kedua tangannya dimasukan kedalam poket seluar slacknya,

"Saya lah"

Terdiam Tuan Syafwan, lah budak ni ada duit?,

"Apa pakcik ingat saya ni tak ada duit ke?"

Abell mencebik bibir, apa ingat dia ni pokai sangat ke ahhh?,

"Tak de lah kalau kau ada duit jom lah beli"

Ujar Tuan Syafwan menorak langkah ke kedai yang mahu dituju, Abell mencebik bibir sebelum dengan cepatnya berlari mengikuti Tuan Syafwan,

"Yes Sir?"

Pelayan dalam lingkungan 30 an di kaunter itu menyapa,

Tuan Syafwan melirik Abell memberi isyarat nak apa?,

Abell melihat menu gula-gula kapas itu, ada strawberry, blueberry, raspberry, cranberry banyak betul, berry yang tak ada durianberry je,

"Uhmm saya nak strawberry lah"

Abell mengeluarkan duit 20rm didalam beg silangnya, diberi dengan senyuman duit itu kepada pelayan,

"Thank you miss"

Pelayan itu menganguk dengan senyuman, comel dia lihat Abell yang memakai baju kurung modern cream dengan tudung bawal baby pink itu, tambah lagi gadis itu kelihatan sangat kecil disebelah Tuan Syafwan yang besar tinggi tegap itu,

Sedang menunggu gula-gula kapas mereka duduk sejenak di kursi menunggu,

Jap kenapa macam ada yang hilang?,

"Pakcik Hani mana?!"

Baru Abell teringat sahabatnya itu, mana minah tu pergi?!,

"Dia pergi teman Ariz beli barang office, tadi Ariz dah Whatsapp aku"

Ujar Tuan Syafwan, matanya tidak lepas merenung Abell, ada sesuatu yang dia sudah lama mahu tanya gadis itu, tapi segan lah pula,

"Abell"

ONLY YOUWhere stories live. Discover now