Episode 12🌼

16.5K 918 77
                                    

"Abell balik dulu ye Ummi?. Halalkan makan minum Abell masa Abell kat sini"

Abell menyalam tangan Ummi lembut. Hari ini sudah masanya dia balik, rindu lah dengan Ibu,atuk dan suga dekat kampung. Sehari sebelum dia balik alhamdulillah dia sudah melihat sekeliling University nya. Terasa bangga sejenak dirinya karena sudah dapat biasiswa di University itu. Tengok otak udang ni sebenarnya bijak tahu?.

"Abell dengan Hani hati-hati tahu?. Apa-apa Call Ummi"

"Baik Ummi"

Abell dan Hani menyahut serentak.

Selama beberapa minggu disini hubungan Abell dan Ummi sangat rapat, dah macam keluarga dah. Abell yang sedang memasuki barangnya kedalam bonet kereta itu terpandang Tuan Syafwan yang sedang bersandar sebelah bahu dimuka pintu sambil memeluk tubuh. nampak tidak senang muka kacak itu dipandang. Eleh eleh si tua bangka ni nak merajuk pula.

Dengan langkah seciput-ciput Abell menorak langkah ke Tuan Syafwan. Puan Hana dan Hani berdehem senyum-senyum kambing sebelum memberikan mereka masa bersendirian.

"Pakcik!"

Diteleng kepalanya menyenget,alah bajet comel.tapi memang comel pun.

"Hmmm"

Muncung kedepan bibir Abell mendengar balasan tidak semegah Tuan Syafwan. Amboi pakcik ni jangan sampai aku masukkan dia dalam beg ikut balik kampung.

"Pakcik sedih ehhh saya nak balik?"

Dinaik-naikkan keningnya berkali-kali. Tuan Syafwan menjeling dengan muka toya soya nya.

"Kau!"

Tuan Syafwan mencubit hujung hidung mancung Abell.

"AHHHH SAKIT PAKCIK!"

Decit Abell kesakitan. Amboi pakcik ni dia ingat hidung aku ni elastik ke? main sedap gajah dia nak cubit?!.

"Jangan lupa bagitahu ibu,atuk kau yang aku nak masuk minang. Kalau dalam masa 2 minggu aku tak dapat jawapan aku sendiri yang datang masuk minang kau. Faham?"

Satu persatu setiap ayat ditekan oleh lelaki berbadan tegap itu seperti memberi amaran. Tidak dapat menahan rasa sakit dihidung Abell memukul-mukul tangan bicep Tuan Syafwan itu. Aduh mahu tercabut hidungnya tak pasal-pasal kena buat plastic surgery nanti.

"Pakcik ni saya tahu lah, kenapa obsessed sangat dengan saya ni?"

Ujar Abell sombong. Hujung tudung bawalnya diselak kebelakang ala-ala Flip Hair. tengok aku pun boleh lah humph.

Konon nya tadi dia nak sombong tapi selepas Tuan Syafwan membongkok dihadapannya dengan tersenyum senget penuh makna terus hilang segala kesombongannya tadi, tulah cakap jangan lebih.

"Yes baby I'm obsessed. I'm obsessed over what's mine. You're mine so i think it's ok to be obsessed"

Aghhhhh. Meronta-meronta jantung Abell. Segala bermacam serangga berterbangan diperutnya dah boleh buka zoo dah.

Tidak mahu menampakkan dirinya malu, Abell dengan cepat menolak Tuan Syafwan sampai lelaki itu terundur dua langkah kebelakang.

"Y-ye lah nanti saya bagitahu ibu"

Tuan Syafwan menghadiahkan Abell senyuman manis penuh makna ehhh jap penuh makna ke penuh cinta?, Lain macam ghisau.

"Dah dah lah tu. Pikir sikit orang single singlet dekat sini"

Syafwani mengamuk geram. Ingat tak sakit hati ke tengok pasangan ehhh bakal pasangan ni bermesra depan dia?. Nasib tak kencing manis.

Abell dan Hani masuk kedalam tempat penumpang kereta mewah berjenama Bentley itu. Kepala mereka dkeluarkan dari tingkap melambai puan Hana,Tuan Syafwan dan Syafwani.

ONLY YOUWhere stories live. Discover now