Episode 11🌼

17.3K 917 96
                                    

Abell memandang semua orang yang berada di ruang tamu itu, serius dia rasa nak humbat muka Tuan Syafwan dekat mana-mana tandas awam berdekatan sekarang ni. tiba-tiba betul mamat ni gather semua orang untuk bagitahu pasal diorang nak kahwin,

"Afwan betul lah ni?!"

Teruja Puan Hana mendengar yang anaknya mahu masuk minang Abell, uish dah lama ngidam nak Abell jadi menantu ni uols,

"Ye Ummi"

Tersenyum Tuan Syafwan mengiyakan,mata tidak lepas memandang Abell yang sudah resah macam ikan tidak dapat air,

"Kalau macam tu kita masuk minang Abell masa Abell balik, kita ikut Abell balik sekali"

Terbeliak mata Abell, ahhh sudah habis aku,

"Ahhh Ummi..., Macam ni apa kata bagi Abell balik dulu talk nice nice dengan Ibu and Atuk, apa-apa Abell roger Ummi, boleh mi?"

Bulat besar mata Abell meminta belas kasihan,

"Tak ada, nanti kau pandai-pandai lari kang ahhh sudah"

Abell memandang Tuan Syafwan yang bersandar disofa empuk itu,

"Pakcik ni, Pakcik nak ke Ibu dengan Atuk saya shock ahhh?, Kang terkejut sakit jantung nya lah atuk tu dah kita akad nikah dekat hospital pulak"

Nak tergelak semua orang mendengar komen selamba Abell, ada betul juga,

"Aku rasa aku setuju dengan Abell, bagi dia talk dengan Fam dia dulu baru lah nanti kita masuk minang dia, kau dah kenapa dah tak sabar nak kahwin?"

Decik Syafwani selamba,

"Memang pun"

Perlahan tapi dapat didengar ayat yang keluar dari mulut Tuan Syafwan itu, tersengih nakal Syafwani,

"Tapi..."

Semua menoleh memandang Hani yang tiba-tiba berbicara,

"Ayah Amyrul macam mana?"

Baru Hani teringat, tak kan lah nak masuk minang anak dara orang tanpa pengetahuan bapak Tuan Syafwan, melenting kang atuk sorang tu,

"Tu semua jangan risau, Ayah dah nak balik dah, maybe lepas Abell balik Ayah balik KL, alah nanti Ummi convince lah si Atuk tu"

Tersengih-sengih semua orang mendengar Ummi, aihhh Ummi cumilnya awok,

_____

Langit pagi yang agak gelap itu membuat suasana terasa sangat redup dan sejuk, maklum lah baru pukul 6:30 pagi, lepas sholat subuh tadi Abell terus tidak dapat tidur jadi dia buat keputusan untuk duduk dibuaian bulat ditaman,

"Macam mana lah aku nak cakap dengan Ibu Atuk ni?"

Suntuk kepala Abell mahu memikirkan hal masuk minangnya, aihhh orang pergi KL untuk happy-happy, ehhh balik-balik ada orang masuk minang pula,

"Aku pula masuk U bulan depan, aihhh suntuk!"

Diacak-diacak tudung sarungnya itu, kepalanya digenggam kuat,

"Tak sakit ke pergi genggam kepala tu?"

Tersentak Abell bila mendengar satu suara, dengan cepat dia terus memusingkan kepalanya.

Tu dia... Tuan Syafwan dengan hanya bersweat pants, rambut basah dengan peluh yang menitik di dada, uishhhh mak ai menggugat iman,

"Close you mouth beb, you'll see this every morning after we married"

Senyum mereng Tuan Syafwan, Abell dengan cepat menutup mulutnya, tak ada air liur menitik kan?,

"P-pakcik pergi mana peluh-peluh ni?"

ONLY YOUWhere stories live. Discover now